Anak-anak kecil kalau bermain dan bergurau memang suka merajuk. Betul tak? Ada sahaja yang tak kena dan mula memberontak kerana tidak puas hati dengan apa yang jadi.
Ada juga kanak-kanak yang apabila merajuk mahu lari ke rumah ibunya semula kerana ‘geram’ dengan telatah atuk dan neneknya. Adoi macam-macam ya. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok yang menceritakan gelagat si anak kecilnya dan video tersebut berjaya menghiburkan netizen.
Baca juga: [VIDEO] “Bagi Makan Apa Ni..”- Baru Umur 3 Tahun Tapi Dah ‘Sado’, Hebat Betul!
MERAJUK DENGAN ATUK SAMPAI SANGGUP LARI RUMAH TENGAH PANAS
Menerusi perkongsian video berdurasi 15 saat itu, seorang budak lelaki bernama Muhammad Ian dilihat gigih lari dari rumah atuknya kerana merajuk.
Jelas kelihatan dalam video tersebut, cuaca begitu panas terik tetapi Ian tidak menghiraukan dan berlalu pergi sambil mengendong beg. Alahai….
“Muhammad Ian buat perangai tengahari buta. Merajuk dengan tok ayah dia, tiba-tiba dia pack baju dia. Saya tanya dia, “Nak lari rumah…” jelas si ibu dalam video tersebut.
Menjengah ke video lain, kasih sayang atuk terhadap cucu membuatkan dia tidak sanggup melihat budak tersebut berjalan sendirian.
Warga emas tersebut dilihat menaiki motor dan memujuk Ian untuk pulang. Ian terpaksa akur dan kembali ke rumah bersama datuknya.
“Dia tak patah balik tapi tok ayah dia yang pergi ambil tepi jalan. Perangai!” kata ibunya.
“LARI SAMPAI MANA TU…”
Video tersebut sudah tentunya undang tawa netizen dan turut mengimbau kenangan lama sewaktu kecil yang turut pernah melakukan perkara yang sama.
Selain itu, si ibu turut menjawab pertanyaan warganet yang tertanya-tanya isi di dalam beg anak kecil itu. Hanya berisikan baju empat helai dan tidak membawa seluar.
Sumber: TikTok Quinnreen