Famili

[VIDEO] Wanita Terkejut Teman Lelaki Bagi Surat Putus Cinta 7 Muka Surat

22
SHARES

Semua orang tahu cinta tidak selalu manis dan itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita bernama Karla Verlarde apabila teman lelakinya memilih untuk berpisah. Lebih memilukan apabila Karla mendedahkan dalam video yang tular di media sosial cara teman lelakinya memberitahu mahu berpisah. Sungguh tak sangka!

Baca juga: Pengantin Dipuji Minta Mas Kahwin Hanya RM73 Walaupun Miliki Rupa Paras Jelita

WANITA TERKEJUT TEMAN LELAKI BAGI SURAT PUTUS CINTA 7 MUKA SURAT

Pada mulanya wanita itu teruja kerana menerima surat yang disangka surat cinta. Ternyata teman lelakinya menulis surat sepanjang tujuh muka surat untuk memutuskan hubungan mereka.

“Saya teruja pada mulanya kerana memikirkan teman lelaki saya menulis surat cinta. Namun, malangnya ‘surat cinta’ itu ternyata menjadi nota perpisahan,” luahnya di ruangan kapsyen.

Kisah putus cinta Verlarde dan kekasihnya bertambah teruk apabila dia menjelaskan bahawa bekas teman lelakinya cuba memikat sahabatnya sendiri menerusi aplikasi janji temu, Raya. Lebih memburukkan keadaan, gambar profil akaun lelaki itu ialah gambar yang dirakam Velarde beberapa hari sebelumnya.

Video tersebut mendapat 4.5 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang tidak setuju dengan tindakan bekas kekasihnya itu. Mereka menyifatkan lelaki berkenaan pengecut dan tidak menghormati wanita.

VIDEO PENUH:

@karlavelarde1234

#breakup #heartache #heartbroken #heartbreaking #breakupletter #surprise #surprisedelivery #letter #sadletter

♬ original sound – Karla

Sumber: The Sun 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×