Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang tiada tandingi untuk anak. Bukan itu sahaja, malah mereka sentiasa bekerja keras demi memastikan keperluan anak tersayang dapat di penuhi.
Sebagai seorang anak, sudah tentunya kita akan rindu sekiranya mereka tiada dekat dengan diri. Hal ini dapat disamakan dengan perkongsian seorang ibu di TikTok yang menceritakan anak kecilnya menangis kerana rindukan ayah.
Baca juga: [VIDEO] “Alhamdulillah, Anak Soleh…”- Ayah Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Idaman Daripada Anak
ANAK MENITIK AIR MATA RINDU AYAH TENGAH KERJA
Menerusi perkongsian wanita dikenali sebagai Nor Adzeelaila itu, dia menjelaskan ketika dirinya sedang sibuk memasak di dapur, anak lelakinya itu datang dan meluahkan rasa rindu terhadap ayahnya.
Air mata lelaki anak Adzeelaila mula menitik membasahi pipi tembamnya itu sambil memegang pagar dan memberitahu kepada ibunya.
“Mama tengah masak. Tiba-tiba dia datang bagitahu rindukan abahnya. Mesti korang ingat abah dia kerja jauh kan? Sampai meleleh air mata.
“Sedih sangat nampaknya. Abah dia pergi kerja je tapi cara menangis tu rindu macam lama tak jumpa kan,?” jelasnya ibunya.
Sehingga kini, video yang dikongsi itu menerima hampir 500,00 penonton dan rata-rata daripada mereka turut bersedih melihat adik itu. Mereka juga turut mendoakan agar dia diberikan kesihatan dan kejayaan.
Tindakan itu turut dipuji oleh warganet kerana terlalu comel serta pandai dan menghargai ibu ayah.
Sumber: TikTok NurAdzeelaila