Famili

[VIDEO] Gara-Gara 3 Hari Tak Buka Sarung Tangan Ketika Bayi, Jari Wanita Ini Terpaksa Dibedah

14
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan, bagi bayi yang baru dilahirkan pasti pemakaian stokin, sarung tangan dan bedung menjadi pilihan dan dipakaikan kepada anak-anak demi keselesaan mereka. Itulah yang diamalkan oleh seorang ibu kepada wanita ini namun lain pula yang terjadi dan meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.

Baca juga: “Kesian Anaknya…”- Ibu Dikecam Bawa Bayi 6 Bulan Mendaki, Bahaya Sangat!

3 HARI TAK BUKA SARUNG TANGAN KETIKA BAYI

sarung tangan

Menurut perkongsian Wulan Dira di laman TikTok, dia menunjukkan kesemua jarinya dan kelihat 1 jari di bahagian tengah tidak sempurna dan tidak mempunyai kuku seperti jari lain.

Jelasnya, kejadian itu berlaku kerana pemakaian sarung tangan semasa bayi dan dikatakan tidak pernah membuka sarung tangan selama 3 hari.

Tambahnya, si ibu mula menyedari situasi itu apabila dia mula menangis dan ketika sarung tangan dibuka, mereka mendapati jari tengah Wulan terlilit dengan benang sehingga menyebabkan dia terpaksa melakukan pembedahan di hospital.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan perkara tersebut dan ramai yang berpendapat bahawa ibu bapa di luar sana perlu lebih berhati-hati dalam memakaikan sesuatu benda untuk si kecil.

VIDEO PENUH:

@wulandira9

pasti gak percaya🤭🤭 #fypシ

♬ Carrying Your Love – David Morris

Sumber: TikTok Wulan Dira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×