Advertorial

[VIDEO] Dugaan Ramadan Membawa Erti Indahnya Ramadan. Jom Hayati Video Ini!

1.3K
SHARES

Begitu cepat masa berlalu sampai tak sedar bulan Ramadan dah tiba. Inilah bulan yang mulia dan penuh keberkatan bagi umat Islam. Sepanjang bulan ini jugalah kita digalakkan memperbanyak melakukan amal ibadat untuk mencari keredaan Allah.

Tapi dalam kita berpuasa, kita turut dituntut untuk menahan nafsu dan sentiasa bersabar jika dugaan melanda. Kalau berpuasa tanpa sebarang dugaan tak mencabar la kan? Saat ditimpa dugaan, cuba anda perhatikan sekeliling dan renungkan adakah dugaan anda itu terlalu perit dan berat jika hendak dibandingkan dengan kesusahan orang lain?

LIKU KEHIDUPAN MENGHARUNGI DUGAAN RAMADAN…

Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, McDonald’s dengan rasa rendah hati mengajak anda semua untuk menonton dan menghayati sebuah video pendek bertajuk Dugaan Ramadan agar kita dapat sama-sama mendalami erti keindahan bulan Ramadan kali ni.

Untuk pengetahuan anda, video pendek ini mengisahkan tentang cabaran kerja seorang penghantar McDelivery yang sedang berpuasa sewaktu melaksanakan tugas hariannya.

Pada awalnya, penghantar McDelivery ini kelihatan mengeluh dan merasakan tugas beliau sebagai penghantar makanan sudah cukup berat. Tambahan pula, dia sedang berpuasa dan perlu menunggang motosikal di bawah panas terik mentari. Rasa dahaga dan letih sentiasa bermain difikiran. Namun, sepanjang perjalanannya, dia melihat ada beberapa pekerjaan lain yang lebih sukar jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang dia lalui.

Antara keperitan yang penghantar McDelivery  ini temui adalah seorang lelaki tua penghantar tong gas. Lelaki tua tersebut kelihatan bersusah payah mengangkat tong gas menggunakan tangga kerana lif rosak. Namun beliau nampaknya langsung tidak mengeluh kerana ianya sudah menjadi satu tugas dan satu amanah. Seterusnya, penghantar McDelivery juga melihat kontraktor bekerja di kawasan pembinaan, walaupun terpaksa berdepan terik mentari dan debu di jalanan, mereka tetap meneruskan pekerjaan berat dalam keadaan sedang berpuasa. Ini semua sebahagian liku kehidupan dan cabaran, namun ganjarannya pasti berganda di bulan Ramadan.

Kadang-kadang kita selalu merasakan dugaan yang Tuhan timpakan kepada kita sudah cukup payah sehinggakan kadang-kala kita tidak sedar bahawa sebenarnya ada orang yang diuji lebih berat daripada kita. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

LEBIH HEBATNYA UJIAN, LEBIH INDAH RAMADAN…

Kalau kita asyik merungut dengan ujian dan dugaan pun tiada gunanya juga. Jadi, Ramadan kali ni marilah sama-sama kita memasang azam dan tekad supaya diberikan keazaman serta semangat baharu untuk mencapai apa juga impian kita di bulan yang mulia ni.

Jangan lupa untuk sematkan juga azam untuk perbaiki amal ibadah ya. Yelah, Ramadan hanya datang setahun sekali, rugi jika ia dibiarkan berlalu begitu sahaja  tanpa sebarang pengisian bermanfaat. Jom kita sama-sama hayati video penuh Dugaan Ramadan ni. Memang admin rasa nak menangis.

JEMPUT BERBUKA PUASA DENGAN HIDANGAN ISTIMEWA MCDONALD’S

Kalau sudah penat seharian berpuasa tu anda mesti sibuk fikir nak makan apa kan? Haa.. Apa kata anda cuba hidangan istimewa Ramadan daripada McDonald’s iaitu Foldover Ayam – dua kepingan ayam empuk digril, dengan sos istimewa baharu, salad segar dan diapit roti pita ataupun set Nasi McD yang hadir bersama Ayam Goreng McD yang rangup, coleslaw dan kuah kari baharu. Pasti puas!

Nak tengok apa lagi yang ditawarkan di McDonald’s, anda boleh terus ke laman sesawang McDonald’s. Ada pelbagai menu istimewa. Tapi kalau anda tak sabar sangat bila tengok hidangan McDonald’s ni, anda boleh order  terus melalui McDelivery ya. Kami jamin pasti berbaloi! Jom berbuka puasa bersama McDonald’s.

Salam Ramadan daripada kami dan semoga Ramadan anda tahun ini lebih sempurna dan indah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×