Kuih akok adalah sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Malaysia terutama sekali di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kebiasaannya, kuih akok berbentuk bujur akan tetapi boleh sahaja menggunakan acuan yang berbentuk lain seperti acuan buah ulu dan akok bunga. Sebut je kuih akok sudah terbayangkan kelembutan kuih tersebut. Apa lagi jom cuba!
Baca juga: [VIDEO] Resipi Fettuccini Ayam Percik Versi Terengganu, Menu Gabungan Tekak ‘Mat Salleh’ & Melayu!
RESIPI MEMBUAT KUAH AKOK YANG MUDAH
Bahan-bahan:
- 1/2 cup air daun pandan
- 7 biji telur
- 1/2 cup tepung gandum
- 1 cup air gula melaka
- Sedikit garam
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam blender dan blend untuk seketika. Jika menggunakan blender ia akan lebih sekata.
Bahan yang di blender perlu lah ditapis sebelum masuk ke dalam bekas agar tidak mempunyai ketulan.
Masukkan 200 ml santan. Gaul sehingga sebati.
Dalam acuan kuih nanti, letakkan sedikit minyak agar ia tidak melekat dan cantik ketika keluar daripada acuan. Jangan letakkan sehingga penuh, letak separuh sahaja sebab nanti dia akan naik.
Bakar selama 20 minit dalam suhu 180 darjah celsius.
Dah siap! Ini lah rupa kuih akok.
VIDEO PENUH
@aniqclone Lagi senang dari masak megi😌 #resepi #resepisimple #resepimudah #resepitiktok #resepisenang #resepibujang #recipe #recipes #recipesoftiktok #recipesforyou #masakan #masak #masakansimple #masakanrumahan #videomasak #videomasakan #akok #viral #fyp #tiktokrecipe #tiktokrecipes #makanlokal
Sumber: Tiktok aniqclone