Famili

[VIDEO] Ayah Asyik Main Telefon, Anak Baling Buku Sebab Geram Tak Dilayan

7
SHARES

Tidak mudah sebenarnya menjaga anak kecil kerana mereka mahukan perhatian daripada ibu bapa namun, ibu bapa kadang kala agak sibuk dengan urusan pekerjaan atau leka bermain telefon sehingga lupa akan si anak.

Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak di Indonesia apabila si bapa leka bermain telefon dan tidak memberi perhatian terhadap dirinya.

Baca juga: Doktor Sanggup Lari 3KM Elak Kesesakan Lalu Lintas Demi Selamatkan Pesakit

AYAH ASYIK MAIN TELEFON, ANAK BALING BUKU SEBAB GERAM TAK DILAYAN

Menerusi rakaman video dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok, dapat dilihat bapa berpakaian baju berwarna hitam baring memegang telefon bimbit.

Ketika sedang sibuk melihat telefon, si anak tiba-tiba membaling buku ke arah ayahnya kerana geram tidak dilayan seolah-olah dia tidak berada disisi.

Rakaman video berdurasi 15 saat itu turut memaparkan aksi anak kecil itu merajuk dengan bapanya dan mahu keluar dari bilik tetapi ditahan lalu dipeluk dan dicium.

“Telefon sahaja. Tak pernah jaga saya pun,” ujar budak lelaki itu.

@elisinaga0403

♬ suara asli – Elisabeth sinaga – emak emak rebahan 👩‍🦰

Perkongsian video tersebut mendapat jutaan tontonan daripada warganet dan rata-rata turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu. Mereka beranggapan si kecil itu sangat comel dan pandai. Wah!

Harapnya ibu bapa di luar sana boleh luangkan masa bersama anak-anak. Barulah mereka rasa dihargai dan disayangi.

Sumber: TikTok Elisinaga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×