Inspirasi

Doktor Sanggup Lari 3KM Elak Kesesakan Lalu Lintas Demi Selamatkan Pesakit

32
SHARES

Seorang pakar bedah di Bangalore, India, tular di media sosial kerana sanggup mengambil keputusan untuk berlari sejauh 3 kilometer ke hospital demi melakukan pembedahan ke atas pesakitnya.

Dr. Govind Nandakumar bertindak sedemikian kerana terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. Begitulah pengorbanan seorang doktor.

Baca juga: Suami Bengang Isteri Habiskan Wang Belanja Sebulan RM100 dalam 25 Hari

DOKTOR SANGGUP LARI 3KM ELAK KESESAKAN LALU LINTAS DEMI SELAMATKAN PESAKIT

Menerusi portal The Indian Express, Pakar Bedah Gastroenterologi dari Hospital Manipal Sarjapur, sepatutnya melakukan pembedahan kecemasan laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita separuh usia pada pukul 10 pagi (waktu tempatan), 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Sarjapur, Marathalli. Doktor berkenaan lalu meninggalkan kereta yang dipandu pemandunya dan berlari sejauh 3 kilometer ke hospital bagi melakukan pembedahan tersebut.

“Setiap hari, saya melakukan perjalanan dari Bangalore tengah ke Hospital Manipal di Sarjapur yang terletak di tenggara Bangalore.

Sekadar gambar hiasan

“Saya bertolak dari rumah pada waktu yang tepat untuk menjalankan pembedahan. Pasukan saya juga telah bersiap sedia untuk melakukan pembedahan sebaik sahaja saya tiba di hospital.

“Melihatkan keadaan lalu lintas yang teruk, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir panjang,” katanya.

Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan pesakit berkenaan dilaporkan telah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan baik.

VIDEO PENUH:

Sumber: The Indian Express

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×