Sihat

Hati-Hati Bila Guna Bonjela Pada Bayi, Boleh Undang Maut!

26
SHARES

UBAT ULSER BONJELA

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang tidak asing lagi dengan ubat rawatan ulser iaitu Bonjela bukan? Berupaya untuk merawat sakitnya ulser di mulut, ubat ini juga digunakan untuk bayi yang mengalami masalah ulser yang sama.

Namun, penting untuk ibu bapa tahu bahawa penggunaan ubat ini perlu diawasi kerana boleh meragut nyawa si kecil jika diberi dalam tempoh terlalu kerap dan terlampau banyak!

Baca juga: Bahaya Sapu Bedak Di Muka, Risiko Jangkitan Paru-Paru!

HATI-HATI GUNA UBAT BONJELA PADA BAYI

Memetik perkongsian Public Health, produk ini mengandungi salicylate salts, bahan kimia mempunyai kesan sama dengan Aspirin.

Kanak kanak berusia 16 tahun ke bawah ditegah dari mengambil Aspirin kerana terdapat risiko Reye Syndrome, satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak & kematian.

Bukan itu sahaja, Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA) telah mengeluarkan amaran ini sejak 2006 lagi. Walaupun risiko Reye Syndrome dan penggunaan Bonjela hanya satu teori, amaran ini dikeluarkan sebagai langkah berjaga jaga

BAYI OVERDOSE BONJELA

Terkini, seorang bayi dari New Zealand hampir maut setelah mengalami salicylate overdose setelah di sapu cecair Bonjela berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Bayi berusia 7 bulan itu, berhenti bernafas dan dikejarkan ke hospital

Kesimpulan:

1.Rujuk profesional.kesihatan seperti doktor dan ahli farmasi sebelum guna

2.Untuk keselamatan, kanak kanak tidak digalakkan untuk menggunakan cecair ini. Sekiranya perlu juga, pastikan guna mengikut arahan. Elakkan penggunaan berlebihan

3. Sentiasa ikut dose yang disarankan, pemberian dose berlebihan boleh menyebabkan risiko keracunan

4. Terdapat pelbagai alternatif untuk mengurangakan kesakitan gigi yang baru tumbuh (untuk bayi), tanpa salicylate.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×