Hebahan

TV3 Bakal Saji Malam #BaikSemula,Program Penghargaan Khas Buat Frontliners

15
SHARES

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan sebuah program bual bicara istimewa iaitu Malam #BaikSemula. Program ini akan akan dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada 28 Ogos 2021 dari pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam.

Baca juga: Isteriku Guruku, Beza Usia 25 Tahun Rupanya Berjodoh Dengan Guru Sendiri!

MALAM #BAIKSEMULA BERI PENGHARGAAN BUAT FRONTLINERS

Malam #BaikSemula bertujuan memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas hadapan yang komited dengan amanat yang diberikan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020. Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Dato’ Azizulhasni Awang, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani, Douglas Lim dan ramai lagi. Para penonton juga akan disajikan dengan beberapa muzik video pilihan yang menjadi peneman dan pemangkin semangat rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, oleh kerana Dokumentari Majalah 3 pada siaran 17 Mei yang memaparkan keadaan getir yang dihadapi petugas di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) mendapat perhatian luas terutamanya keluhan dan titisan air mata Jennifer Asha Clement, jururawat Unit Rawatan Rapi di Hospital Sungai Buloh yang ditugaskan untuk menjaga pesakit Covid-19 yang kritikal. Pastinya penonton ingin tahu tentang perkembangan terkini di sana dan harapan beliau tentang perjuangan pandemik ini. Ikuti perkongsian beliau di program Malam #BaikSemula.

MENDALAMI JIWA, DEDIKASI LAGU

Dapat pingat perak Olimpik 2020! Pada malam itu, Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana akan mendalami jiwa atlet negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau akan menceritakan persiapan rapi yang dilakukan ketika keadaan pandemik Covid-19 masih berleluasa.

Malam #BaikSemula juga mendedikasikan lagu-lagu pilihan kepada mereka yang membanting tulang untuk memerangi pandemik Covid-19 ini termasuk barisan petugas hadapan dan wira-wira negara yang tidak didendang. Antaranya, ‘Baik Semula’ kolaborasi antara Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique, ‘Bangkit’ oleh Salamusik dan Altimet, ‘Anugerah Terindah’ daripada Alif Satar & The Locos, ‘Warna Warni’ kolaborasi istimewa Aina Abdul dan Daniesh Suffian, ‘Sengsara’ buah tangan baharu daripada Khai Bahar untuk tonton CINEMA original, Dendam Penunggu, ‘Nota Hasratku’ oleh Ahmad Adly dan tidak ketinggalan juga lagu hits daripada ikon KPop, BTS iaitu ‘Permission To Dance’.

Jangan lupa janji temu anda di Malam #BaikSemula, 28 Ogos 2021, pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×