Percutian

Ibu Kongsi Pengalaman Percutian Ke 6 Negara Bawa 4 Orang Anak Selama 3 Minggu!

14
SHARES

TIPS MELANCONG KE SWITZERLAND

Macam mana kita tahu sudah ramai dalam kalangan kita yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga ke luar negara. Antara destinasi pilihan sudah tentunya Switzerland dan Paris.

Jika anda inginkan kelainan, apa kata DIY sendiri trip percutian ke 6 negara seperti yang dilakukan oleh wanita ini. Wah! Percutian lebih menarik dan seronok bersama anak-anak serta ibu bapa. Jom baca tips dan pengalaman hebat di bawah. Memang lain daripada lain!

Baca juga: Sebelum ‘Terbang’ Ke Iceland, Ini 10 Tips Utama Kena Tahu & Faham!

IBU KONGSI PENGALAMAN PERCUTIAN KE 6 NEGARA BAWA 4 ORANG ANAK

DIY road tour almost 4000km to 6 Countries (Switzerland, Paris, Belgium, Netherland, Germany & Austria) Total 8 of us including 4 kids and 2 warga emas.

1. FLIGHT TICKET 

Our 3 weeks tour start 3 Sep dari KLIA transit Abu Dhabi. Turun Geneva, Switzerland and flight balik dari Zurich. Naik Etihad. Kenapa Etihad? sebab tu yang paling murah jumpa. Return Ticket dalam RM2800. Kami book ticket Mid Jun. Flight selesa, cabin crew semua baik baik. makanan pun sedap.

2. CAR RENTAL 

First 2 weeks kami sewa 9 seater van dengan EuroCar. Pick up Geneva and return Munich, Germany. Cross border so ada extra charges. Process sewa kereta sangat senang except bab deposit tu leceh sebab nak kena ada credit card atas nama main driver. And both of us husband and wife tak ada credit card.

So terpaksa buat my mom as main driver and kami 2nd & 3rd driver (kena bayar extra lagi sebab my mom age limit lebih 65yrs and additional driver pun ada extra charges jugak) Rugi banyak dekat sini sebab end up my husband sorang sahaja yang drive sebab sis kecut perut tak berani sebab left hand drive.

3. CAMPERVAN 

Last week dekat Europe kami sewa campervan pusing Germany and Austria. Last week tu my sister join trip so sewa 2 campervan. Process nak sewa campervan ni Alhamdulillah sangat senang. Book dengan Anywhere camper melalui website motorhome republic.

4. HOTEL & AIRBNB 

5. ITINERARY 

6. WIFI 

Kami sewa pocket wifi dari Malaysia. Memang agak costly tapi berbaloi sebab laju je. untuk 51 countries 3GB RM35/day. kalau 8GB RM63/day. 1 device boleh share 5 user. Customer service pon sangat bagus and senang nak deal. first 2 weeks kami pakai 3GB. last week tambah jadi 8GB. Semua upgrade melalui whatsapp sahaja.

7. MAKANAN


Kami masak sendiri. Kami satu family memang sejenis kuat makan. Kalau makan luar hari hari memang nak nangis rasa. Satu kali meal je dekat RM500+ untuk 8 org. So sila la masak sendiri ye.

TIPS PENTING

– Check weather. Avoid travel in between season. Kami pegi end summer and balik autumn. Cuaca sangat la unpredictable. first week tu kejap panas terik, kejap windy and kejap hujan. dalam 1 hari cuaca berubah ubah macam tu.

– Memang semua org batuk selsema kat sana. End of 2nd week pulak hujan je selalu. Dapat la merasa macam 3 musim Summer, Autumn and Winter  Memang sejuk sangat temperature drop sampai 5c.

– Driving tips based on kawan kawan share, kena ingat driver yang selalu dekat dengan divider. Sangat membantu. Tapi sis still takut nak drive.

– Travel 6 countries in 3 weeks agak penat and terkejar kejar. Kalau boleh kurangkan ke 3-4 countries sahaja baru dapat explore betul-betul.

– Recommend untuk guna google map instead of Waze. Dekat Europe, Waze tak berapa nak friendly user.

– Allow extra driving time. Contoh kalau google map kata 5 jam, tambah 1-2 hours dari tu. sebab banyak berhenti toilet, makan etc. and dekat Germany and Austria, kalau ada accident ke apa, jem dia mmg standstill sepanjang 5-10km. Banyak kali nampak dekat opposite side. So mmg kena allow extra time.

FREQUENTLY ASKED QUESTION

1. Negara mana paling berbaloi pegi?

– Yang nak repeat lagi Belgium and Austria. Tak puas rasa sebab cantik and tenang sangat. Swiss dah 3x pegi so dah boleh move on dah sebab dah jumpa pengganti (Austria)

2. Berapa cost minyak?

– Bila tank dah 1/2 je memang terus isi.. 1/2 tank dalam EUR98.. dalam RM450. sepanjang 3 minggu kat sana, 5 atau 6 kali isi minyak.

3. Berapa toll kat sana?

– Yang sis ingat ada 2 toll je kalau tak silap. Dari Swiss ke France EUR31. lagi satu toll tak ingat tapi less than that.

4. In between countries, kena chop passport ke?

– Tak ada. Masuk negara lain mcm kita pegi shah alam je. ada signboard kecik je as indicator. Tak ada pintu gerbang macam dekat Malaysia.

5. Mana lagi best drive or naik public transport?

– Honestly, kami prefer public transport sebab public transport dekat sana sangat superb. Dapat enjoy view boleh bergerak sana sini. Naik kereta 7 jam macam balik kampung la. Penat sikit. Tapi this time sebab travel dengan parents sekali so lagi selesa untuk mereka. Tak perlu heret bag semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selamat bercuti!

Sumber: Facebook Houseofsix

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×