Rakyat

Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali: Dua Maut Setakat Ini, Operasi Menyelamat Diteruskan

1
SHARES
tanah runtuh batang kali

Terbaharu, akibat hujan lebat yang sering melanda beberapa hari ini, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh yang melanda penduduk di Batang Kali awal pagi semalam.

Baca juga: Banjir:Warga Pahang Kena Waspada Kehadiran Buaya Di Dua Kawasan Berisiko Ini

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI JALAN GENTING BATANG KALI

Pada 16 Disember  jam 2.24 pagi tadi, pihak Bomba Selangor telah menerima panggilan kecemasan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali. Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.

Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut. Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar.

Maklumat dikemaskini setakat jam 7.00 pagi tadi, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku. 23 orang dalam keadaan selamat, 2 orang meninggal dunia, 3 orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui. Usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak Bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.

Maklumat dari semasa ke semasa akan dikemaskini sehingga operasi selesai. Orang ramai dinasihatkan untuk berada dalam keadaan yang selamat dan elak dari melakukan aktiviti di kawasan pedalaman atau bukit.

Sumber: PRO, JBPM Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×