Famili

“Tolong Ambil Peduli…” Pelanggan Kecewa Jumpa Ubat Stapler Dalam Kuih…

25
SHARES

Seperti mana kita tahu, penggunaan stapler atau paku untuk bungkusan makanan tidak lagi dibenarkan dan akan dikenakan denda sekiranya tidak mematuhi undang-undang.

Walaubagaimanapun, masih ada juga segelintir peniaga tidak mengikut undang-undang sehingga mendatangkan bahaya kepada pelanggan seperti yang tular di laman media sosial.

Baca juga: Suami Bengang Isteri Habiskan Wang Belanja Sebulan RM100 dalam 25 Hari

PELANGGAN KECEWA JUMPA UBAT STAPLER DALAM KUIH

Menerusi perkongsian wanita bernama Halimah Jais, alangkah terkejutnya apabila kuih pulut udang yang dibeli ternyata ada ‘inti’ lain iaitu ubat stapler.

Terkejut dengan kejadian itu, dia bertindak memberitahu peniaga mengenai perkara tersebut tetapi peniaga tersebut sama sekali tidak mengendahkan apa yang terjadi dan perkataan maaf juga tidak diucapkan.

Peringatan bersama. Kepada peniaga kuih pulut panggang dan seangkatan. Mohon lebih berhati-hati ye apabila menggunakan stapler. 

Alhamdulillah. Tak ada apa-apa yang serius dan kepada peniaga, bila orang datang komplen tolonglah ambil peduli. Ini minta maaf pun tak. Padahal saya tunggu orang tak ada baru saya cakap. 

Selain itu, dia juga turut menasihati para pembeli di luar sana untuk lebih berhati-hati jika membeli makanan yang menggunakan stapler kerana tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku.

Dan kepada pembeli seperti saya lepas ni kita kena berhati-hati bila makan makanan yang menggunakan stapler ni kerana kecuaian kita boleh mengakibatkan kesan yang lebih buruk.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen dan mereka memberi cadangan agar peniaga di luar tidak menggunakan alatan yang tidak dibenarkan kerana sangat bahaya.

Sumber: Facebook Halimah Jais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×