Famili

“Bukan Mudah Travel Dengan Maream”- Farah Lee Kongsi Tips Travel Bersama Anak Kecil

1.2K
SHARES

Siapa sahaja yang tidak suka dengan gelagat comel Maream Esabel yang merupakan anak kepada selebriti sosial media Farah Lee. Kini menetap di United Kingdom, Farah Lee juga sering berkongsi gambar Maream ke sekolah baharunya di sana. Bukan itu sahaja, apabila menetap di sana mereka seringkali travel berdua untuk membiasakan diri dengan suasana dan budaya di United Kingdom. Sebenarnya, bukan mudah untuk travel bersama anak kecil dan Farah Lee juga berkongsi pengalaman dan tips untuk ibu bapa di luar sana!

TIPS TRAVEL DENGAN ANAK KECIL CARA FARAH LEE

To many more footsteps across the world together (Read: to many more cramp legs until the destination)

Senang travel dengan Maream.? Kalau senang omma buat pulut kuning buat kenduri. Maream ni dia active sangat (menurun mak). She’s an explorer, observant juga — so duduk setempat is not her thing. Walking distance yang 10 minit, kalau dibiar, boleh jadi sehari; tengok kiri, berhenti di kanan, duduk di depan, kembali ke belakang .

So bila travel (even keluar jenjalan pun);

1. Doa banyak-banyak haha.. Doa minta Allah mudahkan, Allah bagi kesabaran pada omma dan bagi ketenangan pada Maream. Amin pepanjang .

2. Before keluar, slowtalk dengan dia. Minta dia behave and listen accordingly, make rules if perlu dan ingatkan apa akan berlaku if dia break the rules — make it realistic .

3. Bila diluar kawalan, peluk dia kuat-kuat hembus-hembus sikit doa penenang sambil gosok belakang cakap Maream tenang, Maream tenang, Maream tenang camtu. Padahal tu actually omma cakap kat diri sendiri supaya bertenang dan berkesabaran. Tarik nafas dalam-dalam pastu senyum (walaupun tak ikhlas hehu).

4. Bawak distraction (avoid gadget – if nak jugak, make it last resort) seperti reading book, activity book, pen/coloring pencil, toys, lego etc yang tak gabak .

5. If tak bawak, pepandai distract dia contoh suruh dia tengok luar tingkap bilang berapa banyak awan yang ada  main 가위바위보 ke, injit-injit semut ke, apa-apa lah .

6. Avoid food/drink with sugar, artificial flavor/coloring etc sebab makanan-makanan ni akan hasilkan extra energy. Tidak cukupkah anda dengan energy mereka yang sedia ada.?

7. Make sure mereka sentiasa kenyang dan pack food/energy bar. Happy tummy happpy kids. Mummy too.

8. Kurangkan handcarry. Handbag.? Backpack sudeyhhh. And sneakers je. Nak jangok tunggu time takde anok . Cukup lah dulu.

Bebanyak kang korang tak baca pun haha.. . Bebudak ni ada energy yang perlu dilepaskan. Untuk duduk bersahaja, mereka akan restless jadi pepandai lah kita prepare supaya energy mereka dapat dikeluarkan dengan betul — instead of terkinja-kinja atau tantrum etc.. Yang penting nak anak tenang kita kena tenang dulu. Not easy, but always possible. Kuat khen.. #ommabebel

Sumber : Farah Lee

To Top
SKIP THIS AD ×