Didik

Kebaikan Baca Buku Sebelum Tidur, Boleh Latih Anak Tertidur Dengan Sendiri

2.3K
SHARES

Apakah aktiviti yang seringkali dilakukan bersama anak-anak? Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan membaca buku kepada anak-anak. Bukan sahaja dapat memudahkan mereka tertidur dengan sendiri, aktiviti ini juga sebenarnya dapat membantu kepada perkembangan minda mereka. Jom kita baca dan cuba cara yang dikongsikan oleh si ayah ini apabila beliau selalu menggunakan cara membacar kepada anak-anak sebelum tidur sebagai satu rutin wajib. Membaca itu kan jambatan ilmu?

5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR

Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.

1. Bantu kembangkan daya imaginasi

Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.

2. Cipta saat-saat indah

Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.

3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap

Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.

4. Merangsang otak anak

Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.

5. Pandai dalam akademik

Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.

Sumber : Najmi Nawawi

To Top
SKIP THIS AD ×