40 Minggu

Jangan Tengok Sahaja, Ini 10 Tugas Si Suami Boleh Buat Semasa Isteri Sedang Menyusu Anak

21
SHARES
tips menyusu badan

“Ohh isteri tengah menyusu anak, boleh la rehat…”

Sebenarnya, proses penyusuan bayi adalah perkara yang memenatkan buat si ibu. Nampak macam mudah, tetapi proses penyusuan yang baik memerlukan tenaga yang baik juga dari si ibu dan ini memerlukan beberapa sokongan sampingan. Bukan sahaja dari segi pemakanan, malah sokongan moral dari si suami juga penting untuk menstabilkan emosi si ibu.

Jadi, jangan ingat si suami tidak perlu melakukan apa apa ya kerana tugas ini adalah tugas kedua-dua belah pihak. Kalau anda sebagai suami tak tahu tugas apa yang anda boleh lakukan ketika isteri sedang menyusu anak? Ini 10 perkara yang anda boleh ambil alih.

10 TIPS MENYUSU BADAN BUKAN UNTUK IBU SAHAJA, BAPA PUN SEKALI!

tips menyusu badan

Penyusuan susu ibu sebenarnya adalah tugas kedua pihak,ibu dan ayah.Bukan berat semata-mata pada ibu sahaja.Ia tanggungjawab berpasukan untuk dijayakan. Tapi disebabkan sumber susu berada pada si ibu,pasti golongan bapa tertanya-tanya apa yang boleh mereka bantu.Berikut antara idea apa yang kaum bapa boleh lakukan untuk membantu jayakan penyusuan susu ibu,

1.TUKANG SORAK

Buat isteri,sentiasa memberi kata semangat,puji-pujian mahupun ayat positif bagi isteri bersemangat untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

2.Meminjamkan TELINGA DAN BAHU

Tak kisahlah isteri anda bekerja atau tidak,cabaran penyusuan pasti ada naik dan turunnya.Jadilah pendengar yang baik untuk membantu isteri anda melegakan bebanan emosi dan fizikalnya.

3.Bantu isteri menyiapkan peralatan mengepam

Bagi ibu yang memerah dan menggunakan botol,rutin mencuci serta mempersiapkannya adalah rutin yang sangat penting serta memakan masa selain tugas memerah itu sendiri. Para bapa disinilah anda boleh memainkan peranan anda untuk bantu isteri setelah seharian isteri anda berpenat lelah mengejar masa mengepam.Ambil alih tugas cuci,steril dan mempersiapkan peralatan mengepam pula untuk si comel anda berdua.

4.TEAMMATE terbaik

Sepanjang menyusukan bayi dengan susu ibu,kita tak kan terlepas dari terjebak dengan situasi yang mungkin boleh memberi aura negatif atau mematahkan semangat isteri,seperti di majlis atau kenduri..disini suami perlu memainkan peranan untuk menenangkan dan menamatkan situasi dengan lebih harmoni.

5.Saling bantu membantu dalam menguruskan tugasan rumah

Contohnya kalau isteri dah kemas rumah,suami bantu memasak pula.Atau isteri memasak,suami ambil alih basuh pinggan pula.Begitulah,saling toleransi menguruskan kerja rumah.

6.Layan anak yang lebih besar

Sedang isteri anda menyusukan bayi yang kecil,apa kata anda bantu ringankan tugas isteri dengan mengambil alih tugas melayani serta menjaga anak-anak yang lebih besar.

7.Teman isteri

Teman isteri menyusukan bayi pada waktu malam atau anda boleh bantu isteri untuk ambil alih tugas menukar lampin bayi.

8.CERIAKAN isteri

Memadai jika anda sediakan secawan air atau snek di tepi tempat isteri menyusukan bayi.

tips menyusu badan

9. Whatsapp kata-kata semangat untuk isteri

Berikan pesanan ringkas untuk memberi semangat buat isteri,sama ada melalui whatsapp ataupun nota ringkas yang diselitkan dalam beg mengepam.Pasti berbunga hati isteri.

10.Berikan REWARD pada isteri

Contohnya apabila isteri berjaya meneruskan penyusuan hingga 6bulan usia bayi. Apabila hati isteri berbunga-bunga dengan keprihatinan dari suami,ia juga satu bentuk MILKBOOSTER yang berkesan.Ia meningkatkan hormon kasih sayang atau Oksitosin dan hormon ini sangat penting dalam penghasilan susu ibu.

Sumber: Nor Azura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×