Percutian

5 Tips Hiking Dengan Selamat Pada Waktu Malam, Barulah Profesional!

32
SHARES

Selain berjogging, hiking juga antara hobi orang ramai dalam mengamalkan gaya hidup sihat. Hiking atau mendaki memerlukan peralatan dan cara yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan diri.

Bagi mereka yang mendaki, waktu malam merupakan antara cabaran yang diminati kerana keseronokan melihat bintang, suara-suara haiwan sepanjang perjalanan membuatkan momen hiking lebih bermakna.

Walaupun bergembira, langkah keselamatan tetap perlu diutamakan untuk mengelakkan sebarang kecederaan fizikal. Ikuti perkongsian Tun Farul Azri yang merupakan seorang pendaki dan pencinta alam.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 4 Alatan Camping Wajib Ada, Barulah Selesa & Syok!

5 TIPS HIKING DENGAN SELAMAT WAKTU MALAM

Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua hikers dan pencinta alam. Kali ni saya cuba senaraikan beberapa tips untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti pendakian waktu malam atau sekadar berjalan malam di dalam hutan. Moga bermanfaat untuk semua Inshaallah.

1. HEADLAMP

Ini antara barangan yang penting tapi ramai pendaki mengabaikan item ini di malam hari. Dengan memakai headlamp, kedua tangan kita akan bebas untuk berpaut atau memegang apa-apa barangan lain ketika aktiviti. Terlalu banyak kali saya terserempak dengan pendaki malam yang tidak membawa headlamp tapi menggunakan flashlight biasa yang dipegang tangan.

Dalam trip saya hujung minggu lepas ada juga yang saya nampak menggunakan ‘camp light’ atau lampu LED pasar malam yang cahayanya menyuluh secara keliling. Ini membuatkan mata kita sukar untuk melihat objek (akibat silau) selain tangan yang tidak lagi bebas kiri / kanan.

Tips: Mata kita sebenarnya dapat melihat di dalam gelap dengan pandangan yang sedikit terbatas. Mata kita akan dapat mengadaptasi dengan kegelapan secara beransur-ansur dan jika dibantu cahaya natural seperti bulan, ianya menjadi lebih mudah. Jika terpandang lampu yqng cerah seperti LED, mata kita akan kembali menjadi ‘buta’ buat seketika.

Untuk penjagaan mata dari silau, dapatkan headlamp yang mempunyai lampu merah sebagai lampu sampingan. Ianya tidak terang, tapi cukup untuk menyuluh.

Saranan saya, Guide di depan menggunakan lampu cerah manakala kumpulan pendaki yang lain menggunakan lampu merah. Jika di gunung atau hutan tebal, membawa api atau suar juga adalah antara pilihan baik kerana api dapat menghindarkan dari haiwan-haiwan nokturnal.

2. LOCENG / ALATAN BUNYIAN

Biasanya akan dipakai oleh Sweeper dan / atau Guide bagi membantu kumpulan pendaki mengenal pasti dan mengikut arah bunyi (untuk Guide) dan bagi mengenal pasti jarak paling belakang berdasarkan bunyi dari Sweeper.

Tips: Kami biasanya guna Bluetooth Speaker yang dipasang lagu oleh guide. Bunyian jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan, tapi cukuplah seadanya bergantung pada jumlah pendaki yang ikut serta.

3. KENALI & FAHAMI TREK YANG DILALUI

Elakkan melakukan pendakian malam di tempat yang kali pertama kita pergi. Pastikan kita pernah ke tempat itu dahulu pada waktu siang.

Tips: Peka dengan bunyi dan keadaan keliling dengan mata. Kenali trek laluan manusia dan haiwan. Kenali sira haiwan (kawasan di mana haiwan akan datang untuk sumber garam mereka). Perhatikan bahagian dahan-dahan pokok di atas ketika trekking kerana ular aktif diwaktu ini.

4. LAKUKAN PENDAKIAN SECARA KELOMPOK

Hutan bukanlah tempat untuk kita tunjuk hero atau rasa diri macam Rambo, nak jadi yang pertama sampai ke puncak. Walaupun stamina dan pace kelajuan kita melebihi sahabat-sahabat pendaki lain, sentiasa bersikap sabar, tunggu dan berjalan dalam kelompok kumpulan agar tidak berlaku ‘kawan hilang’ atau ‘tertinggal’.

Tips: Berhenti rehat selama 5 minit selepas 30 minit pertama berjalan dalam hutan. Seterusnya berhenti rehat 5 minit setiap jam untuk perjalanan selepas itu. Jika anda rasa anda laju, sesekali dongak ke atas melihat langit. Nikmati langit malam. Anda akan rasa teruja melihat taburan bintang dari celah-celah atap hutan. Ini akan memperlahankan langkah anda.

5. MENDAKI DENGAN PERLAHAN

Walaupun anda adalah seorang juara Gunung Tahan Climbathon atau mungkin juara Spartan Ultra Beast, mendaki di malam hari adalah amat berbeza dengan pendakian waktu siang. Setiap pendaki memerlukan penelitian dan fokus yang lebih ketika trekking kerana salah memijak atau berpaut boleh membawa fatal. Oleh itu sentiasalah mendaki dengan perlahan. Slow and steady gitu..

Tips: Nikmati alam sepuasnya. Mendaki malam tidak sama dengan mendaki siang. Nikmat dan kepuasannya berbeza. Oleh itu nikmatilah alam malam sepuasnya kerana itulah pengalaman yang bakal diceritakan pada anak-cucu nanti. Jika ada rezeki berkemungkinan berjumpa dengan haiwan-haiwan bercahaya (glow in the dark) dikawasan hampir puncak.

Ingat, tak lari gunung dikejar. Ingat, ini adalah aktiviti pendakian santai atau ‘leisure’ bukannya pertandingan yang menuntut ‘personal best’. Biar lambat asal selamat.

Sumber: Facebook Tun Farul Azri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×