Sihat

Stres Aktiviti Terganggu Disebabkan Sedu? Nah, Ini 5 Tips Hentikannya Untuk Orang Dewasa

9
SHARES
sedu

Setiap orang termasuk kanak-kanak dan dewasa pasti pernah mengalami masalah sedu. Sebenarnya sedu ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti stres, minuman alkohol, perut berangin dan lain-lain. Sedu ini jika selalu terjadi sebenarnya menjengkelkan kerana ia menyebabkan kita rasa tidak selesa.

Sedu ini boleh berhenti secara natural atau sendirinya. Akan tetapi, ada juga situasi di mana ia mengambil masa yang lama untuk berhenti sehingga mengganggu aktiviti harian individu. Usah risau, penulis akan kongsikan 5 tips hentikan sedu untuk orang dewasa, boleh try!

Baca juga: Kerap Sakit Bahu, Ini Rawatan Yang Boleh Dilakukan Sendiri Tanpa Bantuan Orang Lain!

5 TIPS HENTIKAN SEDU UNTUK ORANG DEWASA

1. Ambil makanan/minuman yang sesuai

sedu

Sebenarnya ada beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh menolong anda mengurangkan sedu dengan memberi stimulasi kepada saraf tertentu. Disebabkan itulah pengambilan makanan dan minuman memainkan peranan penting dalam hidup kita.

  • Minum air suam secara perlahan-lahan tanpa berhenti bernafas ketika minum.
  • Anda juga boleh minum air sejuk supaya saraf vagus boleh menghasilkan stimulasi untuk melegakan sedu. Boleh juga cuba berkumur dengan air sejuk selama 10 saat.
  • Selain itu, anda boleh mengambil satu sudu madu dan masukkannya ke dalam mulut. Pastikan ia telah larut di mulut anda sebelum menelannya.

2. Bernafas dengan teknik dan postur yang betul

sedu

Valsava maneuver

Untuk pengetahuan anda, pernafasan dan postur tubuh mempengaruhi tindak balas diafragma individu. Justeru itu, pernafasan yang betul boleh membantu merehatkan diafragma dan mengelakkan ia mengecut secara tiba-tiba. Ini adalah beberapa kaedah bernafas yang betul untuk anda cuba:

  • Anda perlu mengawal pernafasan dengan menarik nafas secara perlahan dengan kiraan 5 atau 10. Kemudian, hembuskan perlahan-lahan dengan kiraan yang sama.
  • Anda perlu mengambil satu beg kertas dan tekupkan ke hidung dan mulut. Cuba bernafas secara perlahan-lahan. Tapi, jangan pula anda gunakan beg plastik tau!
  • Otot diafragma anda perlu dilakukan penekanan kepadanya. Caranya adalah duduk berlunjur dengan kaki ke hadapan dan bengkokkan tubuh anda ke hadapan. Cuba untuk capai hujung kaki anda. Selain itu, anda juga boleh peluk lutut dengan membawanya ke bahagian dada selama 2 minit. Tindakan ini mampu memberi tekanan kepada diafragma anda.
  • Teknik terakhir adalah cuba buat valsalva maneuver. Anda perlu mengeluarkan gas dari tubuh tanpa membuka hidung atau mulut atau meneran tanpa mengeluarkan nafas.

3. Beri rangsangan pada saraf phrenic

Anda juga boleh cuba menggosok atau menepuk bahagian belakang untuk merangsang stimulasi saraf ini.

4. Tekan titik akupresur (acupressure)

sedu

Titik akupresur adalah tekanan yang dilakukan pada titik-titik sensitif di badan anda yang mampu memberikan kelegaan. Dengan melakukan tekanan pada titik ini akan menolong otot diafragma anda supaya lebih rileks. Ini adalah tekanan pada titik akupresur yang boleh anda cuba lakukan:

  • Tekan tapak tangan menggunakan ibu jari anda
  • Beri tekanan pada otot diafragma anda dengan menekan bahagian atas abdomen iaitu kawasan ulu hati
  • Menggunakan ibu jari, tutup hidung anda dan telan air liur dalam keadaan hidung yang tertutup itu

5. Alihkan fokus

Ini adalah tips yang paling mudah untuk dilakukan. Cuba alihkan fokus anda, pasti lama-kelaman sedu akan hilang secara natural. Anda perlu menjalani aktiviti harian seperti biasa tanpa menghiraukan sedu itu.

Sedu itu memang situasi yang normal untuk semua orang namun, jika mengalaminya lebih daripada dua hari, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan konsultasi. Ini kerana sedu yang berterusan merupakan gejala bagi penyakit multiple sclerosis, asid refluks atau angin ahmar.

Sumber: MySihat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×