Teknologi

5 Kelebihan TippyTalk, Apps Canggih Bantu Anak Autisme ‘Bercakap’

95
SHARES

Sebagai seorang ibu atau bapa, tentu kita sentiasa menunggu-nunggu hari di mana anak kita boleh bercakap dan menyuarakan isi hatinya. Kita mahu berkomunikasi dengannya. Kita mahu mereka memahami betapa kita sayangkan mereka.

Itulah juga impian seorang seorang ayah ini, Rob Laffan yang memiliki seorang anak autisme bernama Sadie. Seperti anak-anak autisme lain juga, Sadie mudah tantrum dan kecewa apabila tidak dapat memberitahu ibu bapanya apa yang mereka perlukan.

Inovasi Sistem Komunikasi Bergambar (PECS Board)

Untuk membantu mereka berkomunikasi, Sadie diperkenalkan kepada PECS board, iaitu sebuah sistem komunikasi bergambar (Picture Exchange Communication Sistem) yang membenarkan seseorang menunjukkan apa yang mereka perlukan. Sedikit sebanyak, sistem ini dapat memudahkan komunikasi harian mereka.

Namun, ada halangan tertentu yang membataskan penggunaan PECS board ini. Untuk memastikan sesebuah mesej itu sampai, seseorang individu perlu berada bersama si anak ini – tidak kiralah sama ada PECS itu berada dalam bentuk buku atau tablet. Dari sinilah, Laffan cuba mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut – dan lahirlah TippyTalk.

5 Kelebihan TippyTalk, Aplikasi Telefon Pintar Bantu Anak Autisme ‘Bercakap’

Rob Laffan, seorang bapa dan juga seorang pelajar di Limerick Institute of Technology (LIT), Ireland telah mencipta sebuah aplikasi telefon pintar yang dikenali dengan nama TippyTalk.

Berikut adalah 5 kelebihan TippyTalk:

1. Mudah Digunakan

Aplikasi mudah ini boleh digunakan hanya menggunakan 3 paparan skrin. Untuk paparan pertama, seseorang boleh memilih siapa yang dipilih untuk bercakap – contohnya ibu atau ayah. Setelah salah satu dipilih, ia akan membawa kepada paparan kedua di mana terdapat imej-imej yang menunjukkan kemahuan, keperluan, perasaan, dan sebagainya. Setelah memilih salah satu daripadanya, contohnya makanan – mereka boleh membuat pilihan daripada seleksi pelbagai jenis makanan seperti susu, epal, roti, dan banyak lagi.

Kesemua imej ini adalah customizable, bermaksud ianya boleh diubahsuai mengikut keselesaan anda atau anak agar lebih mudah mengendalikannya. Paparan objeknya juga simple, besar, dan senang difahami.

tippy-talk-4

2. Diterjemahkan Kepada Mesej Teks

Setelah membuat pilihan seperti yang diterangkan di atas, TippyTalk akan menterjemahkan pilihan tersebut kepada sebuah mesej teks.

Seolah-olah menerima mesej melalui SMS atau WhatsApp, tentunya ia terasa begitu natural dan mudah difahami oleh sesiapa saja yang menerimanya.

aplikasi telefon pintar

Foto Kredit: nickjrparents.com

3. Komunikasi Tanpa Sempadan

Kemudahan aplikasi ini memberi ruang kepada pengguna untuk berkomunikasi walaupun tidak berada di tempat yang sama.

Menurut Laffan, anaknya Sadie dapat menggunakan aplikasi ini untuk berbual dan berinteraksi dengannya walaupun ketika berada di negara yang berbeza. Beliau sentiasa mendapat mesej-mesej daripada anaknya yang bukan saja menyatakan keperluannya, tetapi juga apa yang dirasakan oleh mereka.

tippytalk-aplikasi-telefon

4. Boleh Digunakan Bila-bila Masa

Selain merentas sempadan, aplikasi ini juga boleh digunakan bila-bila masa. Oleh kerana, seorang yang menggunakan telefon bimbit juga sentiasa alert terhadap mesej, ianya dapat menyempurnakan komunikasi 2 hala tersebut.

Menariknya, aplikasi ini juga hanya perlu di install pada satu peranti melalui Google Play atau App Store, dan semua ahli keluarga atau penjaga akan dapat menerima mesej tersebut pada apa-apa jenis telefon pintar dan android.

Bagi seorang individu non-verbal, tentunya ia sangat berguna dan membolehkan mereka untuk menguruskan emosi serta kemahuan pada bila-bila masa dan dengan sesiapa saja. Setelah mesej demi mesej diterima, Rob Laffan mengakui ianya amat membantu beliau merapatkan hubungan dengan Sadie dan ia memecahkan ‘dinding’ yang selama ini menjadi pemisah antara mereka.

Foto Kredit: TippyTalk

Foto Kredit: TippyTalk

5. Praktikal & Boleh Diubahsuai Mengikut Keselesaan

Berbeza dengan sebuah buku, aplikasi ini amat praktikal memandangkan ramai anak kecil begitu cepat dapat belajar untuk menggunakannya. Jika dibandingkan dengan PECS board, ianya tidak mudah rosak walaupun digunakan berulang kali.

Foto Kredit: Google Play

Foto Kredit: Google Play

Kini Boleh Didapati Di Malaysia

Selepas aplikasi telefon pintar ini dilancarkan, Rob Laffan dianugerahkan College Entrepreneur of the Year beserta wang berjumlah $11,000 pada tahun 2015. Namun menurut beliau, anugerah terindah adalah melihat anaknya dapat berinteraksi dengan efisyen di samping menonjolkan personaliti si kecil tersebut.

Aplikasi telefon pintar TippyTalk kini boleh didapati di 48 buah negara termasuk Malaysia. Ia menawarkan 30 hari tempoh percubaan untuk menilai kesesuaiannya dengan anak anda.

Rob Laffan berharap TippyTalk mampu menjadi sebuah medium untuk membantu ibu bapa memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada anak-anak melalui komunikasi yang lebih berkesan, terutamanya kepada anak yang mempunyai masalah lambat bercakap atau non-verbal.

tippytalk2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×