Inspirasi

Cara Ajar Anak Membaca Awal Dengan Bimbingan Whatsapp Group

12
SHARES
Ajar anak membaca awal

Ajar Anak Membaca Awal

Sungguh pelik bunyinya. Guna Whatsapp group? Rasanya ramai yang tidak pernah tahu akan kewujudan bengkel online sebegini.

Zaman dulu vs zaman sekarang

Zaman ibu-bapa kita dulu, ibu-ibu saling berjumpa sesama sendiri dan bertukar-tukar pendapat. Zaman sekarang, kebanyakan ibu berkerjaya. Ini menyebabkan kurangnya masa untuk mendalami ilmu keibubapaan.

Kadang-kadang, kasihan lihat anak sendiri. Bila penat balik kerja, anak-anak ajak main bersama. Ada yang minta ibu bacakan buku. Jika tidak kuat, akan ada ibu yang memarahi anak kerana mahu rehat akibat penat. Sedih bila dengar perkara sebegini.

Manfaatkan teknologi

Teknologi tidak pernah salah, hanya orang yang menggunakannya yang salah. Selalu kita dengar Whatsapp cuma digunakan untuk perbualan kosong semata-mata.

Dari sinilah bertitik tolak dimana perkara positif boleh dikongsikan secara pantas. Apatah lagi jika ia berkaitan ilmu pendidikan anak-anak. Jarang-jarang kita jumpa channel yang sebegini.

Maka dari sinilah tercetusnya program I Can Teach My Child to Read oleh Puan Ashikin Hashim.

 

Apa itu Program I Can Teach My Child to Read?

I Can Teach My Child to Read ini memberi panduan serta tunjuk ajar kepada ibu-bapa bagaimana untuk merangsang anak-anak membaca sejak dari lahir lagi.

Ia bukan berkisar pada metod atau teknik bacaan terbaik, tetapi cara rangsang anak supaya bila mereka masuk sekolah mereka akan mudah menerima apa yang diajarkan.

Contohnya:

1. Teknik urutan bayi

Ini dapat merangsang anak untuk cepat bercakap dan membaca kelak. Bagaimana? Ini akan ajarkan dalam bengkel tersebut.

2. Teknik memilih buku

Bukan semua buku sesuai dengan anak kita. Ada yang bagus dan ada yang tidak bagus.

3. Tip melakukan aktiviti merangsang anak

Untuk ibu-ibu yang blur tidak tahu apa yang perlu dilakukan, aktivi-aktiviti ini akan dikongsikan bersama

 

Apa yang ada dalam program ini?

Bayangkan seawal 4 tahun anak sudah pandai membaca? Teruja atau tidak? Sebenarnya, membaca bukanlah sekadar membaca apa yang tertulis dalam buku semata-mata. Ia lebih dari itu.

Ramai yang terlupa bahawa merangsang anak agar membaca itu sama pentingnya dengan menyuruh anak membaca. Teknik merangsang ini bukan semua orang tahu.

Dalam group Whatsapp dan Telegram yang menghimpunkan ramai ibu-ibu yang kebetulan mahu mendidik anak membaca, nota akan diberikan setiap hari. Selain itu, banyak video dan poster motivasi yang memberi semangat kepada ibu-ibu.

 

Contoh printscreen dalam Whatsapp

Ajar anak membaca awal

Ajar anak membaca awal

Ajar anak membaca awal

Ajar anak membaca awal

Ajar anak membaca awal

cara-ajar-anak-membaca-awal-06

cara-ajar-anak-membaca-awal-07

cara-ajar-anak-membaca-awal-08

cara-ajar-anak-membaca-awal-09

cara-ajar-anak-membaca-awal-10

cara-ajar-anak-membaca-awal-11

cara-ajar-anak-membaca-awal-12

cara-ajar-anak-membaca-awal-13

cara-ajar-anak-membaca-awal-14

cara-ajar-anak-membaca-awal-15

cara-ajar-anak-membaca-awal-16

 

Kenapa mulakan program I Can Teach My Child to Read?

Kami bertanya Puan Ashikin tentang aspirasinya berkenaan program ini dan ini maklumbalas beliau:

  1. Ingin menjadikan rumah sebagai sekolah pertama anak-anak dan ibu-bapa sebagai guru pertama anak-anak.
  2. Ingin memupuk kesedaran kepada ibu-bapa bahawa anak boleh membaca bukan hanya dengan mengenal huruf dan nombor, tetapi dari rangsangan yang mereka terima dari rumah dan sejak lahir
  3. Ingin menyebarkan ilmu pendidikan awal kanak-kanak kepada ibu-bapa yang wajib dituntut kerana ia sangat penting

 

[infobox title=’Testimonial dari Zati – Batch 1′]

testimonial-good

Saya pn zati dari btcaves, merupakan peserta batch pertama bengkel “i can teach my child” kelolalan Pn ashikin Hashim. bengkel yg saya sertai ini secara face to face dan online.Melalui bengkel ini sy telah didedahkan dgn pelbagai perkara baharu yg tidak pernah sy fikir ia bisa dilaksanakan kepada anak sy seawal usia newborn lagi..

Contohnya seperti bermain sewaktu mndi, menggunakan flashcards dan membaca buku bersama bayi bagi meransang bayi untuk mudah belajar kelak.. Bengkel kami diteruskan lagi  secara online melalui telegram di mana pn ashikin byk memuat naik nota, video dan audio, bahkan rakan2 bengkel yg Lain juga turut berkongsi gambar, audio dan video berkaitan dgn aktiviti bersama ank masing2. Ini memberi peluang perkongsian idea, membuka ruang soal jawab dan mencungkil kreativiti ibu2 bersama anak2….

Saya sangat gembira serta sering terdorong dgn bengkel online ini kerana pn ashikin sentiasa menjadi pencetus serta pembakar semangat dan keyakinan saya dalam usaha untuk menjadikan diri saya sendiri guru pertama anak-anak sy….

Perkongsian video aktiviti anakanda Wafa & Wajdi, lagu-lagu yg bersesuaian untuk didendangkan bersama ank-anak cthnya lagu “sayang seribu sayang” tips pemilihan permainan dan juga tips pemilihan buku yang bersesuaian untuk bayi yang puan ashikin kongsikan merupakan ilmu baharu yang  sangat bermnafaat dan mudah untuk dipraktiskan…. Saya jadi bertambah yakin untuk mendidik anak saya dan saya percaya saya mampu menjadikan rumah saya sekolah pertama & diri saya guru pertama untuk anak-anak saya… Terima kasih pn ashikin kerana membantu kami ! ! ![/infobox]

[infobox title=’Testimonial dari Diana – Batch 1′]

testimonial-good

Assalamualaikum dan salam penuh keberkatan buat semua…. saya Diana dari Senawang merupakan projek pioneer Pn . Ashikin Hashim untuk bengkel Face to Face dan online ( #Batch01 ) . Syukur dan setinggi ucapan terima kasih buat Puan Ashikin kerana sudi berkongsi cara dan idea untuk memupuk semangat cintakan ilmu dikalangan anak anak sejak dari awal usia lagi… sebelum menyertai bengkel… saya sukar untuk mengajar anak anak saya sendiri dan sejujurnya semua tugasan itu saya serahkan bulat bulat pada guru tadika anak saya….

sebenarnya secara tidak langsung saya telah rugi dalam pelbagai aspek rohani dan jasmani…. sangat kurang “bonding” “touching n hugging” ” affection”  antara saya dan anak anak… saya juga dapati agak sukar untuk mengawal anak anak saya dan seringkali itu juga saya akan sangat mudah hilang sabar dengan karenah mereka… Post seminar dan ongoing coaches by Pn Asikin saya perbaiki dan mula belajar untuk mengajar sendiri anak anak saya …. berkat usaha doa dan sabar yang kian menebal saya semakin “rapat” dan berjaya mengajar anak anak saya secara formal dan informal… saya cuba dan sentiasa belajar untuk memupuk minat cintakan ilmu kepada anak anak saya dan kini saya sangat gembira bila anak saya yang berusia 4 tahun sudah mula membaca. Semoga manfaat perkongsian dan ilmu ini dapat membuka mata dan minda parents semua bahawa kita adalah guru pertama anak anak kita …  sekian… #ICanTeachMyOwnKids

[/infobox]

[infobox title=’Testimonial dari Nurul Ain – Batch 1′]

testimonial-good

Assalammualaikum.. Sy Nurul Ain peserta siri prtama i can teach my children.. Alhamdulillah sy berpeluang utk mnyertai bngkel ini… dgn bngkel ini sy dpt mengetahui teknik betul utk merangsang minda ank sy.. sgt berbaloi… dan anak sy ceria bila saya mula merangsang minda beliau dgn menggunakan softbook, flash card dan sebagainye… selain itu online coaching juga mmbntu sy dlm penambahbaikan utk merangsang minda ank sy… setiap hari akan ada teknik baru yg di pelajari… semoga anak saya berjaya dunia dan akhirat… tq teacher ashikin…

[/infobox]

[infobox title=’Testimoni dari Puan Juliana – Batch 2′]

testimonial-good

AllahuAkbar…tak tahu saya nak mulakan dari mana…
Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Pn Ashikin Hashim dan berada dalam bengkel online i can teach my child to read…
Pelbagai pendedahan yang nampak mudah..tetapi kita sebagai ibu tidak lakukan untuk anak atas alasan kekangan masa/sibuk/tak sempat…

Bengkel online ini sangat menarik dan praktikal..beliau kongsikan tips,nota,contoh aktiviti bersama anak dan perbincangan terbuka.
Beliau menekankan pentingnya memberi rangsangan awal kepada anak..ibu sebagai guru pertama dan rumah sebagai sekolah pertama anak-anak.

Alhamdulillah..sebulan berbengkel, saya dapati kesan positif pada anak-anak. Mereka makin rajin bercerita, aktif, kreatif, lebih ceria dan ternanti-nanti nak beraktiviti bersama.
Saya sangat suka berada dalam bengkel ni…bukan sahaja anak-anak dapat manfaatnya…malah saya turut termotivasi untuk sentiasa berikan yang terbaik buat anak2 setiap masa.
Bahkan suami juga merasai tempiasnya..saya tak sangka sewaktu saya berada dalam wad 3hari..suami saya boleh membuat aktiviti dengan anak-anak…
Anak-anak berebut-rebut nak bercerita aktiviti bersama abinya dan meminta-minta untuk umi buat sesuatu aktiviti untuk mereka..
Alhamdulillah..

[/infobox]

Siapa yang patut sertai?

Ibu-ibu mudah yang mempunyai anak berumur 0 – 8 tahun adalah digalakkan.

Bagaimana mahu sertai?

Hubungi Puan Ashikin Hashim di Facebook melalui link ini. Bengkel akan datang ialah pada 9 Mei 2015.

i-can-teach-my-child-to-read-ashikin-hashim

Siapakah Puan Ashikin Hashim?

Ashikin Hashim adalah pengamal pendidikan awal kanak-kanak. Beliau sangat aktif menulis di blog, majalah dan buku. Buku beliau ‘Ibu Bijak, Anak Bahagia’ boleh didapati di kedai-kedai buku utama seperti MPH, POPULAR dan BOOK WORM. Kini beliau berkongsi cara ajar anak membaca awal dengan bengkel secara online.

buku-ibu-bijak-anak-bahagia-ashikin-hashim

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×