Kini Trending

Tiket Feri Murah Khas Buat Orang Langkawi Bermula 1 Oktober Ini Secara Online!

13
SHARES

Berita gembira buat penduduk Langkawi, kini anda boleh menikmati tiket feri pada harga rendah yang ditawarkan dengan pengesahan status penempatan terlebih dahulu, lapor Kosmo.

Potongan harga akan dibuat bermula 1 Oktober dan penduduk perlu memuat turun borang yang disediakan di laman web langkawiferryline.com terlebih dahulu.

Baca juga: “Kalau Macam Ni Hantaran 50K Belum Tentu Cukup”- Wanita Ikat Sendiri Bata Bina Rumah, Kemas Macam Pro!

ORANG LANGKAWI BOLEH DAPAT TIKET FERI MURAH SECARA ONLINE

Gambar: LangkawiFerryLine.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, penduduk perlu mengisi borang di laman web itu dan dikepilkan bersama salinan kad pengenalan sewaktu menghantarnya ke pejabat untuk semakan pihak feri.

“Penduduk perlu mengisi borang yang disediakan di laman web itu dan menghantar borang yang dikepilkan dengan salinan kad pengenalan ke pejabat untuk semakan oleh pihak feri.

“Jualan tiket feri secara online dengan potongan harga akan dibuat bermula 1 Oktober selepas kami mengesahkan mereka adalah penduduk Langkawi,” katanya di sini semalam.

Katanya, borang tersebut perlu dihantar ke Ibu Pejabat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. No. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya, Fasa Dua Langkawi Mall, di sini.

POTONGAN HARGA TIDAK DITAWARKAN KEPADA MEREKA YANG BEKERJA DI PULAU LANGKAWI

Gambar: Penduduk Langkawi boleh membeli tiket feri pada harga istimewa secara online bermula 1 Oktober depan berbanding pembelian hanya di kaunter pada ketika ini. – Kosmo

“Langkah itu diambil bagi mengelakkan penumpang yang tidak layak daripada membeli tiket pada harga murah dikhaskan untuk penduduk Langkawi.

“Setakat ini potongan harga hanya disediakan untuk penduduk Langkawi dan tidak ditawarkan kepada mereka yang be­kerja di pulau ini,” ujarnya.

Katanya, pembelian tiket bagi penduduk Langkawi perlu dibuat menerusi laman web langkawiferryline.com sahaja.

Harga tiket bagi penduduk Langkawi adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan bagi laluan Kuala Perlis RM20 untuk dewasa dan RM14 untuk kanak-kanak.

Pada 4 Ogos lalu, mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.

Bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 bagi tambang kanak-kanak.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×