Didik

“Terbatuk & Tak Bergerak”- Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Anak Tersedak Susu Hampir Ragut Nyawa

819
SHARES

Banyak insiden berkaitan bayi tersedak sering dipaparkan di media-media tradisional juga media sosial. Oleh itu, hal ini perlu dititik berat oleh ibu bapa kerana insiden tersedak susu boleh meragut nyawa anak anda yang masih kecil. Jadi, ibu ini telah kongsi pengalaman cemas anak sulungnya tersedak susu yang hampir meragut nyawa anaknya dan cara tangani dengan tenang.

TERSEDAK SUSU

Selalu kita dengar/baca kes bayi tersedak susu sampai meninggal. Kes ini adalah kematian yang tidak disengajakan. Dan kebanyakannya berlaku di rumah asuhan ataupun taska. Kalau diingat kembali. Sampai sekarang Nur boleh terbayang kejadian tersedak susu ni berlaku pada anak pertama Nur & Aidil, iaitu Haifaa. Dan benda ni berlaku di rumah.

Kisahnya kami suami isteri nekad nak susukan Haifaa susu badan sahaja tanpa campur susu formula. Tapi ada sesetengah makabah kita dulu dah dimomokkan yang susu ibu tak cukup. Anak tak kenyang.. Dan macam-macam lagi.. Maklumlah dulu tak terdedah dengan ilmu-ilmu sepatutnya..

BERI SUSU FORMULA DALAM BOTOL UNTUK PERTAMA KALI

Jadi di awal kelahiran Haifaa, 5 hari di hospital, dan dua hari di rumah selepas “discharged”,, mak abah pon cakap hal yang sama. Takut anak tak kenyang. Jadi beli jugalah susu formula dengan hati yang berat (masa ni mak abah tak terima lagi apa yang Nur bagitahu tentang susu-selepas disokong oleh sepupu-sepupu lain, Alhamdulillah Allah lembutkan hati dan bukakan minda mak abah dapat faham). Jadi Nur yang baru menjadi ibu ni dalam pantang taknak stress-stress. Malam tu tidur dalam bilik sendiri (biasanya dekat ruang tamu untuk mudah mak abah pantau), bagi jugalah susu formula dalam botol dekat Haifaa (untuk pertama kalinya). Masa tengah susukan tu ada dengar macam Haifaa terbatuk sekali. Sekali ja.

Tak nampak macam tersedak. Dan Nur tak tahu pon itu tersedak. Lepas tu Haifaa macam taknak lagi dah susu. Tengok dia poopoo. Nur ingat dia tak boleh susu tu sebab minum ja terus poopoo. Lepastu Nur perasan Haifaa macam diam. Mata tak bergerak. Setempat ja dia pandang depan atas masa baring tu. Lepastu perlahan-perlahan dia pejam mata. Nur macam hairan. Tidur kah? Hati Nur tergerak untuk gerakkan badan Haifaa. Panggil nama dia. Tapi takda respon. Tak bergerak. Mata tak buka. Macam lembik terus. Eh takkan tidur sampai macamni? Ulang buat yang sama pon tak da respon. Terus cuak gila jantung macam nak pecah. Ya Allah Haifaa macam dah tak bernyawa!

DENGAR BUNYI TERBATUK SEKALI

Terus lari ke mak abah. Cakap Haifaa lembik. Tak bergerak langsung. Nur cakap takut dia poopoo tu macam cair takut cirit sebab susu tu ka apa. Terus ke kecemasan. Dalam kereta tak berhenti-henti tanya mak. Haifaa bernafas tak??

Mak tak berhenti-henti gerakkan badan Haifaa juga sambil panggil-panggil nama sebab mak yang pegang Haifaa kat depan. “Celik mata cucu tok.. Celik cik… ” Mak tak henti ulang-ulang ayat ni. Nur & Aidil kat belakang. Masa ni takyah cakap otak “blur” fikir macam-macam. Mulut dok Ya Allah sayang takut b…. Takut… Aidil masih boleh cuba bertenang cakap InsyaAllah Allah jaga Haifaa..

Abah tanya buat apa tadi? Cakap bagi susu botol. Pastu abah sambung lagi. Ampa bagi tersedak kot? Bagitahu mak tadi ada dengar bunyi macam terbatuk. Tapi sekali ja. Abah terus cakap tersedak dah lah tu kot. Pusing tepuk belakang.!

Mak terus pusing dan tepuk-tepuk.. Mak tepuk perlahan sebab bayi kan.. Abah cakap tepuk kuat sikit. Lepastu barulah perlahan-lahan Haifaa buka mata. Nafas pon dapat rasa macam biasa dah. Masa ni masih dalam kereta. Sampai kecemasan Haifaa dah macam ok. Doktor minta “stay” untuk pantau tapi Nur minta balik ja. AllahuAkhbar.. Pengalaman betul. Sekarang anak kedua, Haasya mula-mula kerap juga lah tersedak juga sebab susu laju bila dia mula menyusu tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah dapat dikawal. Jadi di bawah ni Nur kongsi sedikit info dengan ibu-ibu ya.

SEBAB BAYI TERSEDAK SUSU:

1.Apabila bayi tertidur, ketika menghisap botol susu, susu tu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru.

2.Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur. Beli puting mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.

3.Tabiat ibu bapa yang gemar meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah. Jangan beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.

CARA BERI SUSU KEPADA BAYI

1.Ketika menyusu, tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Tinggikan kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.

2.Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan antara 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

3.Pastikan juga lubang puting pada botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (belilah mengikut kesesuaian umur anak).Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

4.Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.

5.Kerap sendawakan bayi. Tujuannya untuk memastikan angin berlebihan dalam badan bayi dapat dikeluarkan.Adakala bayi akan sedut angin (udara) ketika menyusu. Sendawakan, bayi pun akan lebih selesa.

EXTRA TIPS

1. Posisi penyusuan secara besandar.Ada 4 posisi asas yang perlu tahu. Kalau ada masalah susu laju, perlu “upgrade” skil dengan bersandar ke belakang. Kalau nyusu sambil duduk, memang aliran akan laju sebab ikut tarikan graviti. Kalau bersandar, aliran susu akan perlahan kerana lawan graviti.

Bagaimana cara memegang bayi? Terserah . Dukung / dakap, asalkan bersandar pada bantal yang selesa di belakang. Selain itu, boleh juga cuba baring dengan sandar dan bayi mengadap kita.

2.Susukan bayi ketika bayi dalam keadaan tenang, iaitu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Boleh juga susukan ketika bayi dalam keadaan mengantuk. Sebab bila bayi tenang dan tak terlalu lapar, dia akan hisap dengan perlahan dan sabar. Kalau terlalu lapar, nanti dia tak sabar nak “makan”, dia hisap laju.

RAWATAN JIKA BAYI TERSEDAK SUSU

1.Tiarapkan bayi, kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

2.Sekiranya tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke hadapan, tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

3.Selain menekan bahagian perut, bayi juga boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.

Sumber: Nur Zaind

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×