Kes berkaitan insiden bayi tersedak susu adalah salah satu insiden yang kita kerap dengar di dalam media-media utama dan juga media sosial. Hal ini perlu diambil perhatian oleh ibubapa kerana insiden tersedak susu ini mungkin akan meragut nyawa anak anda yang masih kecil. Jadi, amat penting untuk anda mengetahui kenapa berlakunya situasi tersedak susu ini dan cara untuk mengetahui dan mengelak kejadian yang tidak diinginkan.
Tersedak susu?
Bila ada audit kematian, antara sebab kematian bawah 5 tahun risiko yang utama adalah tersedak susu. Biasa bermula dengan regurgitasi dan masuk ke saluran nafas hingga tersedak. Perkara ini berulang dan terus berulang. Bukan ibubapa orang kampung atau yang tidak berpendidikan.

www.facebook.com/permalink.php?story_fbid
Kita memiliki LES : pencerut esofagus ( saluran makanan ) yang mengawal supaya makanan atau minuman, yang masuk ke perut, tidak berpatah balik ke saluran atas kemudian termasuk ke saluran nafas. Malangnya, pada bayi terutama pada bawah 1 tahun, LES itu tak mencerut total (kuat). Ia merupakan risiko utama tersedak susu, walau sudah disedawakan.

www.facebook.com/permalink.php?story_fbid
Faktor paling sering penyebab tersedak lain adalah:
1. Pemberian susu berlebihan, atau makanan.
2. Perut yang banyak angin ( pemakaian botol)

sg.theasianparent.com
Secara umum, perut berukuran kecil, lebih kurang segenggam ke dua genggam tuan punya badan. Jadi, bayangkan berapa ramai yang overfeeding anak masing masing, apatah lagi di pusat asuhan. Lihat tabel di bawah. Bayi atau anak anak yang menangis, bukan selamanya lapar dan nak susu.
Hentikan sogok botol tiap anak menangis

www.thebump.com
Bayi menangis kerana :
1. Tak sedap badan / perut.
2. Lampin basah.
3. Nak perhatian dan belaian.
4. Itu sahaja cara bercakap mereka. Takkan nak suruh komunikasi berkesan pula kan?
5. Lapar.

www.happyfamilies.com.au
p/s : Selepas feeding, burp kan dan tidurkan semivertikal (minimal 30′ naik bagian perut ke kepala)
*Jadi ibubapa dan penjaga bijak.
Sumber : Muhd Sabiq