Hebahan

Tempoh Masa 6 Bulan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin COVID-19

62
SHARES

Vaksin Covid-19 kini sedang dibangunkan oleh saintis dan pengkaji dan kini ia masih berada di peringkat pertama fasa daripada empat fasa untuk ujian klinikal ke atas manusia.

Ujian Vaksin Ambil Masa 6 Bulan

Menurut Pakar Epidemiologi dan Setiausaha Agung Akademi Sains Malaysia, Datuk Prof. Dr Awg Mahmud, dalam tempoh 12 sehingga 18 bulan lagi, banyak syarikat yang akan berlumba untuk menghasilkan vaksin tersebut.

“Fasa pertama membabitkan ujian klinikal ke atas manusia yang mengambil masa antara tiga hingga enam bulan bagi memastikan vaksin itu selamat.

“Banyak syarikat seluruh dunia sedang melakukan ujian ini dan sebagai satu pandemik, sudah pasti negara yang mempunyai kepentingan akan melabur besar dalam pembangunan vaksin COVID-19.

“Sekiranya berjaya, ia akan memberi nilai komersial kepada syarikat terbabit bagi meraih pulangan lumayan,” katanya.

Amerika Syarikat Negara Pertama Mula

Untuk tempoh permulaan ini, Amerika Syarikat sudah memulakan ujian klinikal ke atas manusia dengan menyuntik vaksin percubaan bermula April.

Pembangunan vaksin Covid-19 ini mengambil masa tiga bulan sehingga enam bulan untuk fasa kedua unuk melihat tindakbalas vaksin tersebut kepada daya ketahanan badan dalam melawan virus berkenaan.

“Jika fasa pertama gagal (vaksin tidak selamat kepada manusia), maka fasa kedua tidak boleh dilakukan.

“Fasa ketiga pula akan melibatkan banyak ujian klinikal di pelbagai pusat setiap negara dengan mengambil kira faktor umur dan bangsa.

“Sesuatu vaksin hanya boleh memohon kelulusan pihak berkuasa yang mengawal selia ubat-ubatan setelah melepasi fasa ketiga iaitu terbukti selamat dan berkesan digunakan,” katanya.

Sumber : Era.Je 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×