40 Minggu

14 Tanda Hamil Anak Lelaki, Ikut Petua Orang Lama

192
SHARES
Tanda hamil anak lelaki

Tanda Hamil Anak Lelaki, Ikut Petua Orang Lama

Tentu sekali teruja bila mengetahui diri ini hamil. Terasa bagaikan tidak percaya!

Tentu sekali tertanya-tanya, apakah jantina bayi yang bakal lahir ini? Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang mahukan anak lelaki. Apa tidaknya, mungkin sudah ada anak perempuan, mahukan sepasang pula. Barulah lebih meriah rumahtangga.

Tanda hamil anak lelaki

Foto Kredit: www.sampaikini.com

Jika anda mengandung anak lelaki, berikut ialah tanda hamil anak lelaki:

  1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
  2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
  3. Wajah anda berseri-seri
  4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
  5. Kulit anda kering
  6. Hidung kelihatan lebih kembang
  7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
  8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
  9. Sering diserang sakit kepala
  10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
  11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
  12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
  14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

*Nota: Informasi di atas ini cuma sekadar panduan

Akhir kata

Ini adalah sebahagian dari petua dan kaedah yang dapat kami kongsikan, yang diambil dari artikel yang menceritakan cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan. Mungkin ada sedikit sebanyak tanda-tanda tersebut ada pada ibu-ibu yang mengandung.  Walaupun cara mengetahui jantina bayi dalam kandungan datang dari orang lama, tidak semestinya seratus-peratus betul. Sila jumpa doktor untuk mengetahui jantina sebenar bayi dengan kaedah moden. Segalanya adalah kuasa dan ketentuan Allah S.W.T.

Sekarang, anda sudah tahu tanda hamil anak lelaki. Kini, ambil masa untuk ketahui tanda bersalin untuk anak perempuan pula.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×