Makanan pedas terutama sambal ni memang sinonim dengan cita rasa orang Malaysia. Mana taknya, makanan jenis macam ni memang jadi kegemaran kerana mampu membuka selera serta melengkapkan sajian yang dimakan.
Cakap pasal sambal ni, makan dengan apa pun memang sedap tau. Tapi proses nak buat sambal yang betul-betul ngam ni sebenarnya bukanlah senang sebab nak kena ‘blend’ cili, tunggu pecah minyak, belum lagi nak cerita pasal dapur yang mudah kotor. Banyak kerja!
Tapi anda jangan risau sebab hari ni kita nak kongsikan tips istimewa untuk buat sambal tumis #GERENTIMENJADI ! Jom tengok dulu 5 resipi mudah, ada tak menu kegemaran anda ?
Resepi sambal tumis yang mudah!
1. Sambal Tumis Udang
Bahan-bahan
- 2 sudu kecil minyak jagung
- 30g bawang merah
- 60g MAGGI® Pes Sambal Tumis
- 200g udang segar
- 100ml air
- 10g jus asam jawa
- 2 sudu kecil gula
Cara Penyediaan
- Tumiskan bawang merah dan MAGGI® Pes Sambal Tumis sehingga wangi, masukkan udang dan gaul rata.
- Masukkan air, jus asam jawa dan gula, reneh sehingga udang masak selama 3 minit. Siap untuk dihidangkan.
2. Mi Goreng
Bahan-bahan
- 1 biji bawang merah dicincang
- 1 ulas bawang putih dicincang
- 60g MAGGI® Pes Sambal Tumis
- 200g udang siap dibersihkan
- 250g mi kuning siap dibersihkan
- 50g sawi dipotong kecil
- 50g taugeh
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil MAGGI® Cukup Rasa
Cara Penyediaan
- Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan 60g MAGGI® Pes Sambal Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan gaul seketika sehingga masak.
- Masukkan mi kuning, sawi dan taugeh kemudian gaul sehingga sebati.
- Tambahkan kicap manis dan MAGGI® Cukup Rasa kemudian gaul sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.
3. Kangkung Goreng Belacan
Bahan-bahan
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 biji bawang merah, dihiris
- 60g MAGGI® Pes Sambal Tumis
- 1 sudu besar udang kering direndam & ditumbuk
- 3/4 inci belacan
- 50ml air
- 1 sudu kecil gula
- 450g kangkung dipotong kecil
Cara Penyediaan
- Dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bawang merah, MAGGI® Pes Sambal Tumis, udang kering dan belacan serta tumiskan sehingga wangi.
- Masukkan air, gula dan kangkung. Tumiskan sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.
4. Sambal Kicap Ayam Pantas
Bahan-bahan
- 400g ayam dipotong kecil
- 1 sudu MAGGI® Cukup Rasa
- 3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang kecil dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 2 batang serai diketuk
- 60g MAGGI® Pes Sambal Tumis
- 1/4 cawan air
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1/2 biji bawang holland dihiris tebal
- 1 tangkai daun bawang dihiris
Cara Penyediaan
- Gaulkan ayam bersama MAGGI® Cukup Rasa. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.
- Di kuali yang lain, ambil 1 sudu besar minyak masak dan tumiskan bawang kecil, bawang putih dan serai sehingga wangi.
- Masukkan MAGGI® Pes Sambal Tumis dan tumiskan seketika. Tuangkan air, kicap manis, kicap pekat dan gaul sekata.
- Renehkan seketika, gaulkan ayam yang telah digoreng dan bawang holland sehingga rata bersama sambal kicap.
- Hidangkan bersama daun bawang, nasi putih dan sayur pilihan anda.
5. Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan
- 1 sudu kecil minyak jagung
- 2 ulas bawang putih
- 120g MAGGI® Pes Sambal Tumis
- 1 sudu kecil pes asam jawa
- 150ml air
- 1 sudu besar gula
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan masukkan MAGGI® Pes Sambal Tumis. Gaulkan sehingga rata.
- Masukkan ikan bilis, pes asam jawa, air dan gula, renehkan sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Tak sabarnya nak cuba bila tengok semua resepi ni kan? Makin senanglah anda lepas ni nak masak sambal dengan menggunakan MAGGI® Pes Sambal Tumis semuanya jadi mudah, cepat dan sedap.
MAGGI® Pes Sambal Tumis ini diperbuat daripada bahan-bahan yang terpilih seperti bawang dan cili segar. Pes sambal yang senang ‘pecah minyak’ memudahkan lagi proses memasak dan dapur pun tak senang kotor. Jangan risaulah, sambal gerenti menjadi punya bila menggunakan MAGGI® Pes Sambal Tumis! Pasti puas hati.
Siapakah Raja atau Ratu sambal tumis?
MAGGI® Pes Sambal Tumis serbaguna ini boleh digunakan untuk membuat pelbagai jenis masakan harian yang ringkas sehinggalah hidangan unik yang kompleks.
Jadi apa tunggu lagi, jom kita saksikan bagaimana peserta peraduan Raja dan Ratu Sambal Tumis MAGGI® menyerlahkan bakat mereka dalam memudahkan proses membuat resipi sambal yang amat kreatif menggunakan MAGGI® Pes Sambal Tumis.
Antara 4 finalis yang telah berjaya sampai ke tahap akhir ini, siapakah diantara mereka yang akan dinobatkan sebagai Raja & Ratu sambal Tumis MAGGI® ni ya? Pilihan di tangan anda semua, jangan lupa undi peserta yang berjaya menghasilkan resipi yang paling menarik!
Jom undi peserta pilihan anda!
Sambil-sambil tengok tu, mana-mana resipi yang buat anda extra terliur tu haa.. terus vote tau! Tak sabarnya. Anda boleh memilih para pemenang dengan mengundi mereka melalui SMS sepanjang tempoh 1 Disember 2021 hingga 14 Disember 2021.
Jadi apa tunggu lagi jom SMS MAGGI<jarak>F1, F2, F3 atau F4 ke 68886 sekarang! Jom layari laman web Maggi.my untuk maklumat lanjut.