Famili

Soi 55 Perkenal Set Makanan ‘Selamatkan Dompet’! Citarasa Authentic Thai & Boleh Jimat Sehingga RM71!

47
SHARES

Setiap bulan ramai yang cari tempat makan untuk belanja yang tersayang. Kriteria yang di cari untuk tempat makan ni semestinya sedap, portion yang berbaloi, pilihan yang pelbagai dan paling penting harga yang tidak terlampau mahal.

Bulan ni anda semua tak perlu tercari-cari sebab admin dah carikan siap-siap kedai makan untuk anda yang menepati kriteria tersebut!

Soi 55 memperkenalkan set ‘DOMPET SELAMAT’ yang anda patut cuba! Satu set lengkap, semuanya ada!

Ramai orang lebih suka untuk memilih set kalau dekat kedai makanan sebab lagi mudah! Lagi-lagi kalau set tu complete macam set dari Soi 55 ni.

Lengkap dengan nasi, air, menu berkuah, sayur dan juga protein!

Jom tengok apa set yang ditawarkan:

Set untuk 2 pax

  • Ayam cincang dengan daun selasih
  • Kailan goreng oyster sos
  • Tom Yam Seafood Signature (Portion kecil)
  • Nasi Wangi Thai x2
  • Signature Thai Milk Tea x2
Bagi set ni hanya RM55 sahaja! Jimat sebanyak RM35 tau bila amik set ni berbanding pilih secara ala carte!

Set untuk 4 pax

  • Ikan Siakap Masak Cili (Merupakan salah satu signature dish mereka!)
  • Telur Gebu dengan Isi Udang
  • Kangkung Belacan
  • Ayam cincang dengan daun selasih
  • Nasi Wangi Thai x 4
  • Signature Thai Milk Tea x 4

Combo untuk 4 orang ni hanya RM99 guys! Mana nak cari combo yang lengkap macam ni dengan harga yang berpatutankan? Senang dah tak payah nak fikir-fikir.

Anda juga boleh jimat sebanyak RM71 berbanding order secara ala carte! Memang betul-betul selamat lah dompet anda semua kan?

Admin dah rasa dah, tomyam dia memang padu habis! Ngam dengan tekak orang Malaysia. Ikan siakap tu pula memang fresh, lagi lagi bila makan dengan kuah cili signature mereka tu. Fuhhh! Confirm lah keluarga anda semua puas hati makan dekat sini!

Thai Milk Tea tu pula memang pekat dan berkrim! Tak sempat habis makanan, air dah habis dulu dah!

Promo ni dah bermula dah pada 15 Februari  dan anda boleh nikmati di semua outlet Soi 55!

Paling best, semua pes atau sos dibuat sendiri oleh mereka, membuatkan rasanya lebih authentic!

Tau tak kenapa mereka memilih untuk buat sendiri dan bukanya hanya mengambil dari luar?

Menurut founder Soi 55, kebanyakkan pelanggan sudah terbiasa dengan rasa produk-produk yang dijual di pasaraya.

Jadi, mereka memilih untuk mencipta sendiri segalanya memberikan setiap produk rasa yang unik dan menepati citarasa pemilik Soi 55! So, anda dah boleh agak kan betapa sedapnya setiap menu masakan tu?

Confirm menepati citarasa orang Malaysia ni!

Apa sebenarnya maksud perkataan Soi 55 tu?

Ha sebenarnya, ia merupakan perkataan Thai yang bermaksud ‘jalanan’ atau ‘street’ manakala 55 pula disebut “Haa Haa” yang juga menjadi simbol ketawa dalam kalangan orang Thai.

Jadi sebenarnya, hasrat pemilik Soi 55 ni nak orang Malaysia ni rasa sendiri menu authentic Thai ni dengan penuh keriangan dan juga kegembiraan. Sebab kita kan berjiran, jadi diorang ni nak lah jiran mereka makan makanan yang sedap seperti berada di Thailand!

Bersungguh-sungguh guys mereka nak kita dapatkan yang terbaik dari mereka. So guys apa lagi? Jom ke Soi 55 dan rasa sendiri citarasa thai yang authentic dengan harga yang lebih berbaloi!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×