Famili

Sertai Pertandingan Pantun LBS & Menangi Wang Tunai Serta Percutian Di SCAPES Hotel!

582
SHARES

Pantun yang pada suatu masa dahulu digunakan sebagai tujuan komunikasi wujud dalam bentuk kiasan adalah merupakan salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi.

Nak berpantun ni memerlukan kreativiti yang tinggi tau. Bukan senang nak atur-atur ayat tu jadi sedap dan paling penting ia perlu mempunyai irama a,b,a,b di pengakhiran. Susah tu! Terdapat beberapa jenis pantun yang ada contohnya, Pantun Nasihat, Pantun Teka- Teki, Pantun Berkasih-kasihan, Pantun Agama dan sebagainya.

Bukan semua orang ada skill berpantun ni tau. Kalau anda ada skill ni, memang power lah! Tapi lagi sayang kalau ada skill berpantun tapi anda tak tunjukkan! Jom join pertandingan berpantun dari LBS ni, siapa tahu anda bertuah dan boleh menangi hadiah-hadiah best!

Balas Pantun dan menangi wang tunai serta percutian di SCAPES Hotel Genting Highlands!

Ha awak jual saya beli, bukan saja-saja nak suruh anda tunjukkan skills berpantun anda tu sebab LBS nak beri anda peluang untuk memenangi percutian dan juga wang tunai dengan pantun anda tau!

Hadiahnya ialah:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM2,000 dan Percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM1,500 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1 

Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM800 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Jangan risau kalau tak menang hadiah tempat pertama sehingga tempat ketiga, sebab anda masih lagi berpeluang untuk memenangi baucar wang tunai SCAPES Hotel , Genting Highlands bernilai RM300! Ada 10 orang akan dipilih tau bukan sikit! Selain itu, ada juga 12 lagi wang tunai bernilai RM100 jugak! Seronoknyaaaa, pantun-pantun dapat RM100!

Ha sementara tu, tengok la dulu video Raya dari LBS ni, mana tahu dapat inspirasi nak berpantun!

Tu je kena buat? Macam mana nak join pertandingan LBS Balas Pantun ni?

Senang sangat nak masuk dan menang hadiah menarik ni. Sambil-sambil tu bolehlah anda ajak orang lain untuk tunjukkan bakat berpantun  juga kan?

Seronok tau berpantun ni, buat otak anda ligat berfikir apa yang anda nak balas. Lagi best kalau pantun anda tu ada makna yang mendalam.

Mudah je! Ikut langkah dibawah ni kalau nak join!

Muatnaik gambar atau video anda berpantun di Instagram

Letakkan hashtag #BalasPantunDenganKumika di kapsyen

Tarikh penyertaan dari 4 Mei hingga 22 Mei 2021

Tarikh untuk undi adalah dari 28 Mei hingga 6 Jun 2021

Pastikan akaun Instagram anda tu public tau!

Seramai 25 orang pemenang akan dipilih!

25 pemenang yang menghasilkan pantun yang paling kreatif dan juga mempunyai jumlah like yang paling banyak akan ke pusingan pengundian! Dari situ lah, orang ramai pula akan undi pantun anda tu. Setiap orang boleh undi sehingga 10 kali sehari melalui Facebook!

Para peserta digalakkan untuk kongsikan borang pengundian tersebut di laman social Facebook atau Twitter mereka! Siapa yang dapat undian paling banyak akan menang! Pemenang akan diumumkan selepas 7 June 2021!

Sebelum tu apa kata kita usha dulu SCAPES Hotel, Genting Highlands ni! Memang cantik betul!

Cantik kan? Nak sertai pertandingan ni pun mudah je kan? Jadi, apa lagi tunggu?  Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ni, klik dekat SINI.

— Info terbaru ini dikemaskini pada 11 Mei 2021

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×