Hebahan

Sertai Peraduan & Menangi Pengubah Suaian Rumah Bernilai RM150,000 Bersama Goodnite!

37
SHARES

Berita baik buat pemilik kediaman LBS di mana LBS Bina Group Berhad dan Goodnite telah bekerjasama melalui program kesetiaan pelanggan ‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’.

‘Ubah suai rumah LBS bersama Goodnite’ terbuka kepada semua pembeli rumah LBS dan pemenang bertuah berpeluang untuk mengubahsuai rumah mereka dengan pilihan reka bentuk ruang tamu sehingga ke set bilik tidur yang dianggarkan bernilai sehingga RM25,000!

Jom mulakan tahun baru anda dengan mengubah suai rumah anda dengan lebih baik!

Goodnite International Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat ternama yang terlibat dalam pembuatan, perusahaan dan pengedaran produk barangan kelengkapan bilik tidur dan perabot.

Goodnite International Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Goodnite Group mempunyai 23 cawangan di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai barangan perabot kediaman seperti sofa, set meja makan dan aksesori berkaitan.

Menurut Tan Sri Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina, “Memiliki sebuah rumah merupakan satu pencapaian yang menakjubkan tetapi terdapat banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil. Sebahagian besar daripada simpanan kita kemudiannya perlu digunakan untuk menghias dan mengubah suai rumah.”

Namun, dengan peraduan dari kerjasama LBS bersama Goodnite melalui program ‘Ubah Suai rumah LBS bersama Goodnite’ ini dapat meringankan lagi beban pemilik rumah bagi pemenang-pemenang yang terpilih.

Langkah-langkah Untuk Anda Berpeluang Memenangi Peraduan Ini:

Tidak perlu risau kerana kesemua pemilik rumah projek-projek LBS secara automatik telah mendapat kelayakan untuk menyertai kempen ini.

Jadi buat anda yang memang ingin mengubah suai rumah anda, inilah masanya untuk anda menyambut tahun baru dengan hiasan rumah yang baru dan lebih menarik!

Langkah 1: Pastikan anda layak! Hanya pembeli langsung hartanah LBS Bina layak untuk mengambil bahagian dan satu hartanah hanya akan melayakkan satu penyertaan.

Langkah 2: Tangkap dan muat naik foto kawasan yang anda ingin ubah suai. Sama ada ia ruang tamu, ruang makan mahupun bilik tidur anda. Ingat… Pilih dengan bijak tau!

Langkah 3: Lengkapkan slogan berikut:  “Saya nak menang #LBSGoodnite Home Makeover kerana…”

Langkah 4: Muat naik gambar tersebut ke homemakeover.lbs.com.my

Langkah 5:  Ikuti serta klik ‘suka’ di platform laman media sosial, Facebook dan Instagram LBS. Penyertaan anda TIDAK lengkap jika anda tidak mengikuti langkah penting ini.

Peraduan ini akan berlangsung dari 3 Januari hingga 30 April 2023. Mark tarikh ini tau!

Antara Hadiah-Hadiah Yang Dimenangi!

Pemenang Bertuah Utama: Ubahsuai Rumah bernilai RM25,000 (3 pemenang)

Naib Johan Pertama: Baucar Tunai bernilai RM10,000 daripada Goodnite (2 pemenang)

Naib Johan Kedua: Baucar Tunai bernilai RM7,000 daripada Goodnite (2 pemenang)

Naib Johan Ketiga: Baucar Tunai bernilai RM5,000 daripada Goodnite (2 pemenang)

Naib Johan Keempat: Baucar Tunai bernilai RM3,000 daripada Goodnite (2 pemenang)

Naib Johan Kelima: Baucar Tunai bernilai RM1,000 daripada Goodnite (10 pemenang)

Hadiah saguhati: 

Baucar Tunai bernilai RM500 daripada Goodnite (30 pemenang)

E-baucar bernilai RM100 daripada Watsons (20 pemenang)

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi pemenang bertuah dan menangi hadiah-hadiah bernilai ini!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web LBS Bina, Facebook, Instagram dan Twitter mereka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×