Famili

Senarai Barang Medical Kit Untuk Persediaan Kecemasan, Wajib Ada Dekat Rumah

20
SHARES

Kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi-lagi kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita memang kena usung bawa pergi mana-mana dan barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pula lutut.

Jadi, buat ibu bapa yang buntu tak tahu nak letak apa dalam medical kit, ikuti perkongsian seorang ibu di laman Facebook mengenai peralatan wajib ada di dalam medical kit. Memang lengkap semuanya!

Baca juga: Cara Pack Beras Untuk Kegunaan Kecemasan… Lebih Jimat, Senang & Tak Kalut!

SENARAI BARANG MEDICAL KIT UNTUK PERSEDIAAN KECEMASAN

medical kit

Kalau boleh sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Jangan lupa label ya. Semoga bermanfaat.

1. TERMOMETER

Paling penting ! Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati.

– Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak.

– Pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu.

– Beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa

– Beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya)

– Kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)

Suggestion: https://shope.ee/1ffcTb1MnY

2. NASAL SPRAY

Ini senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga. Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.

Beli di Shopee: https://shope.ee/8zSDDEDk4u

3. PARACETEMOL SYRUP

Kebanyakan ubat syrup dekat farmasi sekarang dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dalam kit. Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)

Beli di Shopee: https://shope.ee/9p1KCr3x7g

4. SYRINGE

Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml). Dekat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya.

Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya. Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.

Beli di Shopee: https://shope.ee/30B04M6DNB 

5. NAPPY CREAM

Walaupun macam-macam jenama, hani rasa ini yang terbaik. Guna sejak dia baby. Tak pernah nak tukar jenama lain. Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.

Beli di Shopee: https://shope.ee/5pVBRbuM0w

6. BEDAK ANTI BAKTERIA

Kalau dia gatal-gatal dan miang dekat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.

Beli di Shopee: https://shope.ee/6zh8po1y7d

7. BOTOL SPRAY

Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia, ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain dekat dahi. Tapi kena paksa juga.

Beli di Shopee: https://shope.ee/fn5IsGlG4 

8. NASAL ASPIRATOR

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih untuk sedut hingus dia. Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya sebab ada macam-macam bakteria so its unhealthy and unhygienic.

Cara nak guna: Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.

Beli di Shopee: https://shope.ee/9ehu0NmhG4 

9. CALAMINE LOTION

Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi-lagi masa dia kena ruam panas dulu.

Beli di Shopee: https://shope.ee/VTf5uGdLm 

10. UBAT SELSEMA

Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yang belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.

Moga bermanfaat untuk ibu bapa di luar sana. Jangan lupa sediakan satu di rumah ya. Penting tau.

Sumber: Facebook Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×