Hebahan

Samsung Perkenal Exynos 2100 & ISOCELL HM3

44
SHARES

Samsung Electronics Co., Ltd., peneraju dunia dalam teknologi semikonduktor mengumumkan Exynos 2100 melalui acara maya pertamanya di www.youtube.com/samsung. Ia adalah pemproses mudah alih bersepadu bersepadu 5G pertama syarikat yang dibina di atas nod proses ultra-ungu (EUV) 5-nanometer (nm).

“Exynos 2100 adalah pemproses mudah alih paling cekap dan maju. Dilengkapi dengan teknologi pemprosesan paling canggih dan modem 5G menerusi 5nm nod proses, Exynos 2100 akan menetapkan standard baharu dalam peranti flagship,”kata Inyup Kang, Presiden Sistem LSI Business, Samsung Electronics.

“Arm dan Samsung telah berkolaborasi untuk menggabungkan platform komputasi dan grafik generasi dalam Samsung Exynos 2100. Hasil daripada kerjasama tersebut, kami dapat memaksimumkan prestasi dan menjadikan pengalaman ini menjadi kenyataan pada peranti mudah alih generasi sekaligus memberikan hayat bateri yang luar biasa.”

Prestasi pengiraan dan pemprosesan cip telah diperbaiki dan diperhalusi untuk melebihi jangkaan prestasi pengguna yang hebat. Sebagai pemproses mudah alih berintegrasi 5G pertama Samsung, Exynos 2100 dibina berdasarkan teknologi proses EUV 5nm canggih yang membolehkan penggunaan kuasa sehingga 20 peratus lebih rendah atau prestasi keseluruhan 10 peratus lebih tinggi daripada pendahulunya.

Untuk pembaikan, cip ini menawarkan penggunaan memori cache yang lebih baik dan penjadual yang lebih kuat. CPU octa-core hadir dalam struktur tri-cluster yang lebih baik yang terdiri daripada satu teras Arm® Cortex®-X1 tunggal  yang dapat beroperasi sehingga 2.9GHz, tiga teras Cortex-A78 cores dan empat Cortex-A55 yang cekap kuasa teras memberikan peningkatan lebih daripada 30 peratus dalam prestasi multi-teras daripada pendahulunya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.samsung.com/exynos.

Samsung kini memiliki ISOCELL HM3

Dalam pada itu, Samsung turut memperkenalkan 1/1.33”ISOCELL HM3 dengan 0.8μm-sized pixels sebagai penambahan kepada produk Samsung ISOCELL 108Mp.

Untuk fungsi auto fokus yang lebih pantas, HM3 mengintegrasi fungsi Super PD Plus, yang mempunyai AF-optimized lensa mikro, meningkatkan ketepatan sebanbyak 50 peratus. Penambahbaikan phase detection auto-focusing (PDAF) membantu untik menjadikan foto objeck bergerak lebih telitu dan memberi hasil terbaik bagi persekitaran gelap.

Dalam cahaya persekitaran yang tidak tentu, HM3 mengadaptasi Smart ISO Pro, iaitu high-dynamic-range (HDR) teknolgi yang mana menggunakan penyelesaian intra-scene dual conversion gain (iDCG). Teknoogi pintar ISO Pro akan mengambil frame untuk kedua-dua ISO yang tinggi dan rendah kemudian menggabungkan dalam satu imej 12-bit color depth dan mengurangkan kabur.

Piksel HM3 dapat disusun dalam struktur three-by-three single color yang bersesuaian dengan nine-pixel binning. Dengan penggabungan nine neighboring pixels, 108MP HM3 dapat menyerupai 12Mp sensor imeh dengan skala 2.4μm-pixels dan meningkatkan tahap sensitif cahaya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×