Rakyat

“Sampai Ada Bekas Mask Dekat Muka”– Video Anggota Polis Bertugas Undang Sebak

1.5K
SHARES

Setiap pekerjaan pasti ada penat lelah dan pengorbanan yang besar diperlukan dalam menjalakan tugas. Lebih-lebih lagi bekerja sebagai barisan hadapan seperti pihak polis di kala pandemik yang berlaku ini.

Bagi mereka, kerja harus dijalankan dengan betul agar memastikan rakyat Malaysia sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Cuaca dan usia bukanlah penghalang untuk mereka sentiasa berbakti kepada negara.

Baca juga: “Satu Perasaan Rindu Yang Teramat Sakit,” Perkongsian Bapa Tunggal Undang Sebak…

KERJA PANAS-PANAS SAMPAI TINGGALKAN BEKAS DI MUKA

Menerusi perkongsian seorang anggota polis di TikTok bernama Latiff Amir, dia sempat merakam rakan sekerjanya yang kelihatan begitu penat dan kehausan setelah selesai menjalankan tugas di sekatan jalan raya.

Meskipun sudah agak berumur namun ia tidak menghalang untuk sentiasa menjalankan tugas demi negara. Apa yang lebih menyedihkan apabila jelas kelihatan di muka rakannya bekas pelitup muka kerana terlalu lama dipakai ketika cuaca panas.

“Kalau yang buat salah tu laju je orang viral. Yang kerja separuh mati ni ada yang bagi perhargaan,” tulis Latiff di dalam video berdurasi 20 saat itu.

“TENGOK PAKCIK NI, TERINGAT AYAH…”

Perkongsian video tersebut sehingga kini telah menerima 1,200,000 tontonan dan sudah semestinya mendapat perhatian daripada netizen yang turut sebak melihat kepayahan beliau dalam menjalankan tugas selain turut mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber: TikTok Latiff Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×