Sebagai ibu bapa pasti teruja melihat perkembangan anak terutamanya jika pertama kali bergelar ibu bapa. Buat ibu bapa di luar sana, berikut merupakan antara perkara si anak boleh capai sepanjang tahun pertama dilahirkan.
Memang menakjubkan dan rupanya seawal usia 7 bulan, si kecil sudah boleh makan sendiri. Wah! Kalau nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsiannya di bawah.
Baca juga: Lepas 4 Hari Pantang Dah Tolak ‘Stroller’, Dr Amalina Kongsi Cara Pantang Lebih Sihat
RUPANYA INI 14 PERKARA ANAK BOLEH CAPAI SEPANJANG TAHUN PERTAMA
Inilah perkara yang anak anda boleh capai sepanjang tahun pertama selepas dilahirkan.
1. Tersenyum bila terdengar suara atau ketika melihat wajah ibu (Responsive smile) seawal usia 6 minggu.
2. Mata bayi mula fokus pada wajah ibu ayah seawal usia 6 minggu. Bila wajah ibu bergerak di hadapannya, matanya mula mengikut ke mana wajah ibunya pergi.
3. Bayi mula bersuara pada usia 8 minggu.
4. Boleh gelak seawal usia 3 bulan.
5. Tidur sepanjang malam antara usia 4-6 bulan.
6. Duduk dengan sokongan atau dipegang pada usia 6-7 bulan.
7. Makan biskut bayi sendiri seawal usia 7 bulan (dan bersepah).
8. Duduk sendiri dengan stabil pada usia 9 bulan.
9. Merangkak pada usia 10 bulan.
10. Melambai ‘bye-bye’ pada usia 10 bulan.
11. Mula berdiri dan memapah perabut rendah dipanggil fasa ‘cruising’ pada usia 11 bulan.
12. Mula berjalan sambil dipegang kedua-dua tangannya pada usia 11 bulan.
13. Sebut perkataan pertama yang membawa makna pada usia 1 tahun.
14. Mengutip seribu satu benda kecil di lantai dan masukkan dalam mulut pada usia 1 tahun.
Anak kecil memang lasak dan sukar dijangka. Tapi itulah tanda badan mereka sihat dan otak mereka bijak. Rajinkan diri bawa anak berjalan sekitar rumah untuk bantu latih koordinasi mata anak.
Buat aktiviti fizikal yang buatkan anak berpusing, merangkak dan berdiri. Banyakkan bercakap dan bermain bersama anak. Inilah stimulasi-stimulasi yang penting untuk perkembangan anak.
Sumber: Twitter Dr Redza Zainol