Asuh

Rupanya Ada 15 Bahan Terkandung Dalam French Fries, Jangan Terlalu Kerap Beri Anak Makan!

21
SHARES

French fries atau mesra disapa dengan kentang goreng merupakan makanan yang selalu dihidangkan bersama menu utama sebagai pelengkap. Ianya juga boleh dinikmati sebagai snek atau makanan ringan.

Ada kalanya, anak kecil disuapkan makanan ini oleh ibu bapa kerana ia mudah disediakan sehingga menjadi kegemaran mereka.

Namun, menurut Dr. Rizal Abu Bakar kekerapan tinggi pengambilan kentang goreng berisiko mengalami masalah kesihatan kerana pelbagai bahan kandungan bersamanya. Mari ikuti penjelasan beliau dengan lebih lanjut.

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Bagi Ubat Cair Pada Anak Guna Picagari, Baru Tahu!

RUPANYA ADA 15 BAHAN TERKANDUNG DALAM FRENCH FRIES, JANGAN TERLALU KERAP BERI ANAK MAKAN!

Soalan yang paling dinantikan. Ada apa dalam French fries?

Salah satu snek segera yang paling popular di restoren makanan segera. Dalam satu set kalau ada ayam, burger, air. Mesti ada fries.

15 BAHAN TERKANDUNG DALAM FRENCH FRIES

Dalam French fries ada 15 bahan. Selain garam, ia ada gula. Ada pewarna.

Ada dimethylpolysiloxane. Satu bahan kimia yang dimasukkan ke dalam minyak nak goreng fries tu. Tujuan nak elak minyak terpercik ketika proses menggoreng.

Ada sodium acid pyrophosphate dan tert-butylhydroquinone.

PELBAGAI MASALAH KESIHATAN BAKAL DIHADAPI

Gambar hiasan.

Hasil kajian dapati apabila keduanya diambil pada dos dan kekerapan tinggi boleh beri masalah pada penglihatan. Rosakkan mata.

Pakar pemakanan juga bagi amaran tentang risiko terbentuknya carcinogen acrylamide.

Bahan kimia yang terbentuk dalam sesetengah makanan apabila dimasak pada suhu tinggi sama ada goreng. Panggang mahupun bakar.

Risiko kanser. Kekerapan makan gorengan tingkatkan penyakit kardiovaskular. Jantung berlemak. Saluran darah tersumbat.

Makanan ini selalu dijamu pada budak kecil. Bahaya tu, kesian mereka.

Dapat sesuatu?

Boleh lihat di sini (baca sampai habis) untuk tahu contoh-contoh makanan dan minuman yang mudah dan berkhasiat sewaktu jamu pada anak-anak.

Sebenarnya, bukan tidak boleh beri langsung kepada anak kecil makan tetapi seeloknya dielakkan. Bekalkan anak dengan makanan-makanan berkhasiat. Terdapat pelbagai sumber makanan yang sihat dan juga sedap boleh diperolehi.

Lebih baik mencegah daripada merawat. Betul tak?

Sumber: Facebook Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×