Dapur

Resipi Sambal Berlada Tauhu Telur, Yang Pasti Menjadi & Mudah!

23
SHARES

Tauhu jepun atau tauhu telur ini memang sedap kalau kena cara masaknya. Lauk tauhu telur antara menu makan tengahari atau malam yang paling ringkas untuk disediakan. Ada yang letak dalam sup, masak sambal, masak sos tiram dan sebagainya. Akan tetapi, teksturnya yang lembut kadang-kala menjadikan tauhu ini hancur dan nampak tak cantik apabila dihidangkan. Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna tiktok @limaunipisoffice mengenai resipi sambal berlada tauhu telur.

Baca juga: 10 Etika Melawat Ibu Yang Baru Bersalin, Hormati Permintaan Ibu Bapa!

Bahan-bahan:

  1. 2 tiub tauhu telur
  2. 3 sudu tepung jagung
  3. Minyak masak
  4. 1 biji bawang besar
  5. 3 ulas bawang putih
  6. 3 biji cili merah
  7. 8 biji cili api
  8. 1 sudu sos tiram
  9. 1 sudu teh serbuk kunyit
  10. Garam
  11. Gula
  12. 2 sudu asam jawa
  13. Ikan bilis

Pertama sekali, tiub tauhu telur perlu lah dipotongkan kepada beberapa bahagian.

Kemudian, salutkan kuih tauhu telur pada tepung jagung. Tepung jagung digunakan kerana semasa goreng nanti ada rasa crispy-crispy.

Terus panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas baru letak tauhu. Tidak perlu goreng terlalu lama, agak-agak sudah keperangan dah boleh angkat.

Masukan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi dan blender sehingga separa halus.

Lalu, panaskan minyak dan tumis sampai pecah minyak.

Apabila sudah pecah minyak, masukan sudu sos tiram, serbuk kunyit, garam, gula dan kacau sehingga sebati.

Untuk sempurnakan rasa lagi, tambahkan perahan air asam jawa dan sedikit air masak supaya kuih tidak terlalu kering. Gaul sekali lagi sehingga pecah minyak.

Sebelum itu, goreng ikan bilis dan taburkan ke atas tauhu telur.

Akhir sekali, boleh tuangkan kuah berlada ke atas tauhu telur. Dah siap!

Selamat mencuba!

VIDEO PENUH

@limaunipisofficial

Sambal Berlada Telur Rebus #fyp #foryou #fypシ #sambalbalado #telurrebus #myfoodie #limaunipis

♬ original sound – limaunipisofficial – limaunipis

Sumber: Tiktok limaunipisofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×