Dapur

Resipi Roti John Yang Pasti Buat Anda ‘Terliur’, Senang Je Nak Buat!

348
SHARES

Bukan sahaja dalam bulan Ramadan, malah ketika hari biasa pun makanan ini akan menjadi perhatian orang ramai. Apakah makan tersebut? Ya! Roti John. Ternyata Roti John adalah pelengkap selera bagi sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Mudah untuk didapati dan harga yang murah, Roti John ini memang menjadi kegilaan ramai apabila tibanya musim berpuasa. Bukan sahaja rasanya yang enak, malah mengenyangkan pula tu. Jadi, kalau malas nak berkunjung ke bazar untuk mendapatkan roti ini, apa kata cuba buat di rumah? Boleh buat dalam kuantiti yang banyak untuk seisi keluarga juga ya!

forum.lowyat.net

RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

www.facebook.com/groups

Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging kisar ramly (daging burger pon ok)
Bawang merah,cili merah, cili api
2-3biji telur
Planta
Sos cili
Mayonis
Thousand island
Sayuran : timun, kubis
Sedikit garam

CARA-CARANYA

1) Satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan.

www.facebook.com/groups

www.facebook.com/groups

2) Sapu roti dgn planta . Ketepikan.

www.facebook.com/groups

3) Sapu kuali dengan sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan daging tu sampai masak.

www.facebook.com/groups

Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan.

www.facebook.com/groups

4) Bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yang ada. Siap dipotong, mudah kan?

www.facebook.com/groups

Sedapnya! Boleh makan untuk berbuka dan sahur juga. Mesti kenyang dan anak-anak suka kan? Selamat mencuba.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×