Dapur

Resipi Portuguese Toast Ala Harolds Bread, Buat Sendiri Siap Boleh ‘Adjust’ Manis!

13
SHARES

Pasti ramai yang suka pergi Harolds Bread kan? Memang rambang mata dibuatnya, banyak pilihan roti serta pencuci mulut yang mengiurkan. Antara top seller di kedai ini adalah Portuguese Toast. Tapi mungkin roti ini terlalu manis buat sesetengah orang. Mudah saja nak buat sendiri, anda juga boleh ubah suai kemanisan mengikut tekak masing-masing. Sangat sedap dan berkrim! Boleh hidang sebagai sarapan mahupun minum petang.

Baca juga: Anak-Anak Boleh Main ‘Tablet’ Tapi Ada Syarat Yang Ketat Perlu Dipatuhi…

Menu breakfast, minum petang pun boleh. Selalu kalau nampak Harolds Bread suka sangat beli sebab sedap.

Kali ni kita buat sendiri, rasa creamy yummy-yummy. Lepas ini buat sendiri sahaja lah senang boleh adjust rasa manis apa semua sendiri. 

Bahan-bahan: 

1. 2 keping roti (Gardenia) putih atau roti benggali. Boleh potong ikut tebal masing-maisng. Cuma kalau roti Gardenia nipis sikit.

2. 2 keping cheesedale

3. Susu segar (sukatan agak-agak sahaja, beli kotak kecil pun dah cukup)

4. Gula perang. Letak ikut manis yang suka

5. 1 sudu butter

Nota: Sukatan bahan boleh ikut cita rasa sama ada nak manis atau keju lebih.

Cara membuat: 

1. Masukan butter, susu, kemudian cheese dan gula. Kacau dan masak atas api yang kecil sehingga cair dan pekat tapi jangan terlalu pekat.

2. Tutup api. Sapu atas roti tadi. Masuk dalam oven. Bakar sampai bahagian permukaan atas roti menjadi keperangan. Anggaran dalam 7-10 minit. Guna api atas bawah 160. Adjust ikut oven masing-masing.

Dah siap! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Ju Zue 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×