Dapur

Resipi Mushroom Chicken Pie, Pasti Menjadi Rebutan Anak-Anak!

35
SHARES

Kalau selalu sangat makan nasi sahaja mesti ada terasa bosan juga kan? Bila dah bosan, mulalah anak-anak meminta untuk sediakan hidangan yang lain daripada biasa. Ibu pun pening nak fikir makanan apa yang sedap dan sesuai untuk anak-anak. Tapi nak masak apa pula?

Haaa, cuba resipi mushroom pie ini. Selalunya makanan yang begini akan dibeli sahaja tetapi kalau buat sendiri mesti puas hati. Lagi sedap apabila dimakan panas-panas pasti berebut punya dengan aroma harum yang baru keluar dari oven.

Baca juga: Letakkan 6 Bahan Ini Dalam Setiap Masakan Kalau Anak Tak Sihat!

Lama betul tak makan Mushroom Chicken Pie ini, hampir-hampir sedekad kot. Kebetulan semua barang ada hari ini terus jadi. Makan sebiji pun dah kenyang ini.

Resepi untuk korang kalau nak cuba saya sertakan kat sini ye. Kulit saya guna puff pastry ready made sahaja.

Bahan-bahan: 

  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 biji bawang holland
  3. 2-3 biji bawang putih
  4. 2 sudu besar tepung
  5. 5 biji mushroom shitake
  6. 1/2 batang lobak merah
  7. 300 gram isi ayam
  8. Parsley
  9. Oregano
  10. Blackpepper
  11. 1/2 cawan whipping atau cooking cream
  12. 1/2 cawan susu segar

1. Masukkan butter, bawang holland potong dadu, bawang putih cincang. Tumis sehingga keperangan.

2. Masukkan tepung yang dibancuh air diikuti susu segar dan whipping cream.

3. Kemudian masukkan mushroom shitake dan lobak merah. Masak sampai agak-agak lembut.

4. Masukkan isi ayam dalam 300 gram, parsley, oregano, blackpepper dan garam. Masak sampai mendidih semua.

6. Bila semua rasa dah lengkap boleh padamkan api. Sejukkan inti pie terlebih dahulu.

7. Canai puff pastri dan letak dalam cawan atau bekas yang sesuai.

8. Canai lagi sekeping puff pastri, tekap bentuk bulat dan tutup atasnya.

9. Kelim dengan garfu di bahagian tepi supaya ia meletak dengan elok.

10. Kemudian, sapukan egg wash dengan rata di atas permukaan pie tersebut.

11. Bakar suhu 200 dalam 20-25 minit depends on your oven.

12. Angkat dan mushroom chicken pie sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nadia Hazieqah Abdul Hapiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×