Dapur

Resipi Lasagna Special Paling Mudah & Sedap. Guna Roti Saja Dah Menjadi

1.1K
SHARES

“Sedapnya kalau dapat makan lasagna, nak beli malas nak keluar.. Nak buat sendiri macam susah saja. Agaknya ada cara paling mudah tak nak buat?”

Lasagna merupakan makanan Itali yang sudah ‘diterima’ dan ‘digemari’ oleh masyarakat kita. Kepadatan lapisan pasta bersama keju, hirisan isi ayam, daging, seafood dan sayuran yang dibakar mampu membuka selesa sesiapa sahaja. Mungkin anda fikir untuk hasilkannya susah kan?

Sebenarnya, ada kaedah yang paling mudah untuk hasilkan lasagna yang sedap iaitu dengan menggunakan kepingan roti saja! Perkongsian resipi lasagna dengan menggunakan roti ini sangat mudah untuk anda hasilkan sendiri di rumah.

Macam Mana Nak Buat Lasagna Guna Roti?

1. Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan untuk kuah:

  • Isi ayam yang dikisar
  • Bawang putih, bawang merah, lada hitam dan cili padi (dikisar)
  • Sos spagetti Kimball
  • Sos cili

Bahan untuk lapisan:

  • Roti Gardenier
  • Sosej dan daging burger
  • Capcicum (lada benggala)
  • Mayonis
  • Cheese keping

2. Potong roti dan masukkan ke dalam acuan aluminium foil.

3. Taburkan bahan lapisan diselangi sos speggeti dan roti sehingga penuh acuan.

4. Letakkan sos cili dan mayonis pada permukaan atas lasagna. Kemudian, bakar dalam oven dengan api 160′ selama 20 minit atau 30 minit.

5. Siap untuk dimakan bersama seisi keluarga! Makan panas-panas pasti menjilat jari…

Sumber: Farah Insyirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×