Dapur

Resepi Udang Masak Thai Ini Dapat 27k Shares, Sedap Makan Berpinggan!

80
SHARES

Kalau makan di kedai Thailand, antara hidangan mesti dipesan adalah ikan tiga rasa dan udang masak thai. Memang sedap dipadankan bersama nasi panas dan mudah sahaja sebenarnya cara membuatnya. Ikuti perkongsian udang masak thai di bawah oleh Puan Ameera dan mendapat sehingga 27 ribu shares di laman Facebook. Rugi kalau tak cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Lapis Pelangi Viral, Lembut Berlemak & Confirm Menjadi

RESEPI UDANG MASAK THAI DAPAT 27K SHARES, SEDAP MAKAN BERPINGGAN

1. Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.

Udang Masak Thai

2. Bahan utama. Cili tu kalau nak pedas lagi boleh letak lebih. Ini sukatan ibu masak anak anak boleh makan sekali. Bawang merah kecil lagi padu rasanya bila masak camgini. Cubalah.

3. Pakai minyak udang tadi je. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.

4. Sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, sos ikan ada gambar sotong ni sedap. Letakkan 1 sudu makan.

5. Letakkan air sedikit sahaja untuk menumis bahan tadi. Bagi ada kuah la sikit. Masukkan daun limau purut 6 helai.

6. Gula 1 sudu makan. Tak ada gula perang boleh guna gula putih. Tak ada masalah. Janji gula. Jangan bergula sudah.

7. Masukkan mushroom seasoning sesikit bagi melazatkan lagi sambal kita. Kalau tak ada benda ni boleh pakai secukup rasa.

8. Dah sebati semua masukkan udang. Gaul lagi bagi mereka mesra.

9. Dah mesra last sekali masukkan daun ketumbar. Kemudian gaul rata. Ini pilihan ye, kalau taknak letak daun ketumbar ni pun tak apa sebab ada orang suka, ada orang tak suka. Katanya bau lipas.

Sedia untuk dihidangkan. Memang sedap!

Sumber: Facebook Ameera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×