Dapur

Resepi Kuih Lapis Pelangi Viral, Lembut Berlemak & Confirm Menjadi

125
SHARES

Kuih lapis pelangi merupakan antara kuih kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak dan lembut. Agak mahal sebenarnya untuk membeli kuih lapis di luar kerana proses pembuatannya sedikit rumit dan memerlukan masa yang agak panjang.

Jadi jika anda teringin untuk menikmati kuih lapis pelangi di rumah, apa kata cuba sahaja resepi perkongsian Azmalaini di bawah. Confirm menjadi dan anak-anak pun suka. Jom cuba!

Baca juga: Tips Pilih Bendi Tanpa Patahkan Hujung Tangkai, Mudah Je Rupanya

RESEPI KUIH LAPIS PELANGI VIRAL, LEMBUT BERLEMAK & CONFIRM MENJADI

kuih lapis pelangi

Ramai yang minta saya kongsi resepi kuih lapis pelangi. Mudah sahaja pembuatannya dan boleh dijadikan juadah minum petang.

Bahan-bahan: 

– Loyang 10 x 10.

– 400 gm tepung beras cap terantai.

– 125 gm tepung jagung.

– 125 tepung gandum.

– 300 gm gula.

– Sedikit garam dan secukup rasa.

– Santan 3 cawan. Saya guna santan fresh tanpa campuran air.

– Air 5 cawan.

Cara penyediaan:  

1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Nak wangi masukkan daun pandan. (Ambil dalam 2 cawan)

2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis.

3. Alas loyang dengan plastik 16x 16/14×14. Guna api yang sederhana kuat.

4. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan.

5. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur.

6. Lapisan ke 2 dan seterusnya saya guna 300 ml bancuhan tepung.

7. Untuk lapisan 1 dalam 4 minit jangan lama nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah.

8. Lapisan seterusnya 5 hingga 6 minit sahaja.

Resepi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu saya buat 2 lapisan. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Azmalaini Abd Rahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×