Dapur

Tips Pilih Bendi Tanpa Patahkan Hujung Tangkai, Mudah Je Rupanya

24
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan kita selalu mematahkan hujung tangkai bendi kerana takut terbeli bendi yang sudah tua dan tidak dapat digunakan. Tindakan mematahkan hujung tangkai perlu dielakkan kerana akan menyebabkan pembaziran kepada tuan kedai.

Mudah sahaja sebenarnya kalau nak kenal bendi tersebut muda atau tua. Berikut merupakan tips yang boleh dicuba tanpa perlu mematahkan hujung tangkai bendi. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Paling Mudah Tanam Daun Sup, Kena Beli Yang Banyak Akar Baru Menjadi!

TIPS PILIH BENDI TANPA PATAHKAN HUJUNG TANGKAI

Senang sahaja cara nak kenal buah bendi. Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap:

1. Sangat muda

2. Muda

3. Tua

4. Sangat Tua

5. Tua Bangka

Sangat Muda: Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada.

Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan. Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.

Muda: Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari.

Tua: Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.

Sangat Tua: Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.

Tua Bangka: Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi. Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.

Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.

Semoga bermanfaat dan lepas ini boleh beli bendi tanpa mematahkan hujung tangkainya.

Sumber: Facebook Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×