Setiap kali berkunjung ke pasaraya besar, tidak sah kalau anda tidak berhenti untuk membeli roti yang mempunyai bau kopi iaitu rangkaian jenama Rotiboy. Mempunyai rasa dan aroma yang menyelerakan, roti yang juga dipanggil Mexican Bun ini sudah mendapat tempat di hati orang ramai. Tetapi ramai yang masih belum mencuba resepi untuk buat Mexican Bun ini di rumah.
Mudah dan tidak memerlukan barang yang rumit, apa kata anda cuba pula buat roti ini di rumah bersama anak-anak. Bukan sahaja sedpa malah nak makan banyak pun puas! Jom kita tengok resepi Mexico Bun yang dikongsikan ini supaya dapat dijadikan panduan untuk anda yang mahu mencuba.
RESEPI MEXICAN BUN YANG GEBU!
Bahan-bahan (roti) :
1biji kuning telur
30g gula kastor
Secubit garam
250 tepung roti/tepung gandum
1sb susu tepung
1sk yis
150 ml air (agak agak)
30g marjerin
Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1biji telur A
1sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub)
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1jam.
2. Siap uli rehatkan selama 15minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag.
4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30minit. Letak topping atas.
6. Bakar pada suhu 170 selama 20minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu)
Tengoklah kejadiannya!