Dapur

Resepi Sambal Perap Untuk Buat Hidangan Bakar Dengan Ekspres & Sedap Macam Di Kedai

765
SHARES

“Sedapnya ikan bakar, tapi nak bakar macam dekat kedai tu tak tahu pulak resepinya macam mana…”

Salah satu menu yang ‘laku keras’ di restoran dan bazar Ramadan adalah lauk bakar. Ini termasuklah ikan bakar, ayam bakar, daging bakar dan sotong bakar. Tapi, panjang pula kena beratur dan fully booked restoran yang menyediakan juadah bakar sebegini di bulan Ramadan. Oleh itu, salah satu caranya adalah dengan buat sendiri menu bakar di rumah menggunakan sambal perapan yang sama macam di kedai. Macam mana nak buat sambal perap macam itu? Ini resepinya!

Resepi Sambal Perap

Mai akak bagi resepi sambal untuk bakaq ikan ayam sotong udang daging dan apa sajalah yang nak bakar. Buat ibu-ibu yang bekerja tu boleh la buat banyak simpan dalam peti sejuk. Sebelum pergi kerja perap siap-siap bahan mentah tu. Lagi lama perap lagi sedap tau, balik kerja boleh la bakar..siapa yang ada oven lepas dalam tu ja. Senangkan? Jom akak bagi resepi.

-Cabai kering..

-Bawang besar..

-Bawang putih..

-Halia..

-Serai..

-Jintan manis..

-Jintan putih..

-Serbuk kunyit..

-Sos cili..

-Sos tiram..

-Gula..

-Garam..

-Minyak..untuk blend

Cara-caranya

Satukan semua bahan pastu blend dengan minyak. Ingat ya..jangan blend dengan air tau. Pastu boleh la lumur pada bahan yang nak dibakarnya. Lagi lama kita perap lagi sedap tau..sebab bahan perap meresap dalam bahan mentah tadi.

*Jom cuba! Memang terliur!

Sumber : Masni Bahari

Most Popular

To Top