Dapur

Resepi Nasi Ayam Pot Super Sedap, Semua Campak Satu Periuk Dah Siap!

26
SHARES
resepi nasi ayam

Sebut sahaja nasi ayam pasti menu ini menjadi kegilaan ramai khususnya kanak-kanak. Setiap hari dihidangkan dengan nasi ayam pun tetap berselera makan kerana kena tepat dengan citarasa orang Asia. Namun, agak renyah sebenarnya untuk masak nasi ayam ini kerana banyak penyediaan dari masak ayam sehinggalah kicap dan cili perlu dimasak berasingan.

Jangan risau, kerana dah ada resepi nasi ayam yang mudah kerana boleh dimasak dan dicampak semua bahan dalam satu pot nasi sahaja! Senang main campak-campak je dah boleh makan nasi ayam sedap!

Baca juga: Cara Buat Mushroom Seasoning, Guna Tiga Bahan Je Dah Siap!

RESEPI NASI AYAM POT  ‘SUPER SEDAP’, SEMUA CAMPAK SATU PERIUK

Bila anak petik nak makan nasi ayam aku ada 2 option. Pertama samada aku order nasi dari Chicken Rice Shop atau kedua, aku buat sendiri nasi ayam bodo yang supersedap. Memandangkan semua bahan ada, terus aku bersilat. Kejap jer siap sebab ini adalah spesis One Pot Nasi Ayam, yakni jenis masak sekali harung atau sekali jalan ni.

Mana taknya, semua campak satu periuk sahaja. Terus siap nasi dan lauk. Mudah yakmat. Cara nak buat dia ni kalau nubis buat pun kompom sedap.

Bahan-bahan 

-1 ekor ayam saiz kecil, dibersihkan dan potong 4 atau 8 dan perap dengan sedikit garam. Trim bahagian kulit berlemak dan potong kecil-kecil biar dapat dalam 2 sudu.

-2 pot beras, tak kisah beras apa pun. Cuci dan toskan.

-4 ulas bawang putih dihiris nipis

-1 inci halia dihiris nipis.

-1 helai daun pandan dicarik dan disimpul mati.

-2 pokok daun bawang.

-50gm butter/marjerin.

-1 sudu besar minyak bijan.

Cara nak masak dia:

1. Bahagian ayam macam tulang, kaki dan yang kau tak berapa gemar tu kau rebus, masukkan stok/kiub pati ayam dan sepokok daun bawang. Rebus sampai lembut elok dan ketepikan.

2. Panaskan butter dan minyak bijan kemudian goreng lemak ayam sampai keperangan dan masukkan bawang putih halia dan daun pandan lalu goreng lagi sehingga naik bau.

3. Kemudian masukkan baki daun bawang yang kau dah potong lalu kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau sebati. Masukkan air rebusan ayam tadi dan sukatan dia ikut jenis beras yang kau guna. Masukkan sedikit garam atau boleh jika nak masukkan 1-2 sudu pati ayam dan kacau sebati.

4. Jika nak masak dalam periuk letrik maka bolehlah transfer sekarang. Kemudian susun ayam di bahagian atas tu elok-elok. Tekan on. Kalau masak periuk biasa, perlahankan api dan tutup periuk. Biar masak.

Siap dah.

Ayam tu kalau jenis tak suka ayam putih moist gitu, keluarkan dari periuk, buang sisa nasi yang melekat dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai nampak garing dan rangup. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Cara nak buat sambal:

1.Masukkan 2 biji cili merah, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato, perahan limau dan juga sedikit air rebusan ayam dan blend. Siap.

Cara nak buat kicap:

1.Goreng 2 ulas bawang putih dan sedikit halia guna minyak bijan sehingga keperangan. Angkat dan masukkan dalam mangkuk.

2.Tambah sos tiram, kicap, sedikit gula, sedikit air rebusan ayam lalu kacau sebati.

Siapp. Ceduk nasi, potong ayam dan hidangkanlah dengan hirisan timun, tomato daun bawang dan daun ketumbar.Yummehhh. Nasi tu kalau makan saja pun sedap dah.

Sumber: Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×