Dapur

Resepi Murtabak Telur Paling Senang Dalam Dunia, Berebut Anak-Anak Nak Makan!

50
SHARES

“Asyik goreng nugget je setiap petang, nak masak juadah petang apa lagi ye?”

Setiap kali waktu petang, pasti ada sahaja hidangan untuk anak-anak beriadah bukan? Maklumlah, bila PKP atau PKPB ini agak susah untuk kita keluar makan di luar kerana masih berjaga-jaga dengan ancaman wabak. Jadi, si ibu kena sediakan makanan petang sambil anak-anak bermain atau belajar.

Selain makanan ringan, anda boleh juga cuba untuk buat murtabak telur yang sangat mudah resepinya ini. Tak payah guna banyak bahan, resepi murtabak telur ini pastinya akan buat anak-anak berebut nak makan!

BAHAN-BAHAN MURTABAK TELUR

Resepi murtabak telur senang yakmat nak buat.. Berebut anak anak mkn sambil main kolam.

-Kulit popia

-Telur

-Bawang besar

-Bawang putih

-Cili api

-Garam/perasa

1. Tumis bawang putih, bawang besar, cili api sampai garing. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan telur.Kacau sampai berketul, pastikan tidak guna minyak yang banyak supaya kulit popia tak terkoyak.

2.Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia ikut citarasa. Selepas balut, boleh terus goreng guna minyak masak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.

3.Siap!

*Simple sangat kan? Boleh cuba buat untuk hidangan petang seisi keluarga!

Sumber: Fadhilah Khaulan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×