Dapur

Mudahnya Buat Muffin Telur Berinti Daging. ‘Confirm’ Sedap & Sihat

2.4K
reads
resepi muffin

Selalunya kalau cakap tentang muffin, kita mungkin akan terbayang muffin manis seperti coklat, strawberi, pisang, vanilla dan sebagainya. Kali ini, kami ingin tampilkan sebuah resepi yang berbeza. Tapi semestinya sangat sedap!

Pernahkah tak rasa muffin berintikan daging dan keju yang lembut? Dengan kombinasi rasa daun bawang, lada benggala, serbuk kari dan telur – inilah resepi muffin yang unik dan lazat. Memang sangat mudah dan boleh dikatakan anti-gagal. Kalau tak percaya, cubalah buat di rumah!

Cara Buat Egg Beef Muffin Yang Sedap Dan Sihat

Berikut adalah bahan dan resepi egg beef muffin hasil perkongsian Puan Nur Suriya Nawawi.

Bahan-bahan

  • Telur
  • Lada benggala
  • Daging kisar
  • Serbuk kari
  • Garam
  • Cheese (kalau nak letak)
  • Daun bawang

*Kalau nak lagi sedap, boleh juga guna tauhu telur. Blend sekali dengan isi ayam atau apa-apa bahan favourite anda seperti udang, tuna. meatball, atau sotong. Ikut citarasa masing-masing.

Cara-cara

Caranya memang senang sangat. Ini langkahnya step-by-step.

1. Tumis Daging Kisar

Pertama sekali, tumiskan daging kisar. Bila dah garing sikit masuk serbuk kari dan tambah daun bawang.

Settle? Boleh letak tepi dulu.

2. Sediakan Loyang

Sekarang, sediakan loyang untuk membubuh bahan-bahan. Sapukan dengan minyak masak di sekelilingnya.

3. Masukkan Bahan

Mula-mula, letak lada benggala.

Seterusnya, boleh letak daging kisar yang dah siap dimasak awal-awal tadi.

resepi muffin

Kemudian, letak cheese (tak wajib pun). Tapi kalau letak, rasanya lebih lemak dan sedap.

4. Pecahkan Telur

Selepas itu, pecahkan telur dalam mangkuk dan tuangkan telur hingga agak-agak hampir penuh loyang.

5. Taburkan Daun Bawang

Akhir sekali, taburkan daun bawang di atasnya.

6. Bakar

Okay done! Sekarang dah boleh bakar pada suhu 180°c , dalam 20-24 minit.

Inilah hasilnya.

Inilah Resepi Muffin Yang Paling Senang!

Mudah, kan? Kalau ada yang bertanya bagaimana rasanya, bolehlah dibayangkan macam murtabak. Menurut Puan Nur Suriya, ini adalah resepi diet Atkins. Ia memang berkhasiat dan sihat.

Resepi mudah ini juga sesuai untuk dibuat bersama anak-anak. Boleh dibuat sebagai sarapan pagi atau minum petang. Ramai yang dah mencubanya. Anda bila lagi?

 

*Resepi muffin egg beef ini adalah oleh Puan Nur Suriya Nawawi pertama kali dikongsikan melalui group Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk lebih banyak perkongsian, follow beliau di SINI.

Yang Popular

To Top