Dapur

Mudahnya Buat Mee Bayam Homemade Guna Nasi, Ayam & Bayam Segar. Tak Perlu Mesin Pun!

163
SHARES

Wah, tak sangka rupanya tak susah pun nak buat mee homemade. Tak payah pakai mesin pun boleh buat tau.

Apa yang lagi menarik, resepi mee homemade yang dikongsikan oleh Puan Fatin Hidayah ni menggunakan bahan yang segar, berkhasiat dan senang nak dapat dekat rumah. Dalam mee ni ada ayam, bayam dan nasi. Memang cukup serba-serbi nutrisinya kan?

Jadi, apa kata kita tengok resepi mee homemade yang mudah, sedap dan amat berkhasiat untuk anak-anak. Sesuai sangat kalau anak tu dah bosan makan nasi atau jenis yang susah makan nasi.

Resepi Mee Homemade Guna Nasi, Ayam & Bayam Segar

Disebabkan Aqil dah bosan makan nasi so hari ni Mommy buatkan mee. Dalam mee ni ade ayam, bayam dan nasi.

Mudah je nak buat, ibu-ibu semua boleh cuba sendiri di rumah.

Ini bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Ayam rebus*
  • Bayam celur*
  • Nasi lembik*
  • Air rebusan ayam*
  • Tepung gandum

Bahan yang bertanda * untuk dikisar

Cara-cara

1. Blender

Mula-mula kisarkan semua bahan bertanda * menggunakan blender.

2. Uli Dengan Tepung

Masukkan tepung dalam bekas besar supaya senang di uli.

Kemudian masukkan bahan blender sedikit demi sedikit ke dalam tepung.

Uli sampai menjadi doh.

Jika adunan masih lembik, tambah tepung lagi supaya senang nak digelek.

3. Leperkan / Gelek

Seterusnya, leperkan doh atau gelekkan guna penggelek / gelas / apa-apa alat yang sesuai.

Bagi yang ada mesin pembuat mee tu boleh pakai. Kalau tak ada kita gelek aja pakai tangan pun sedap juga hasilnya nanti.

Resepi mee bayam homemade

 

4. Potong

Bila dah siap digelek, potong nipis-nipis ikut saiz mee yang kita nak.

Resepi mee homemade

5. Rebus

Akhir sekali bolehlah direbus. Masa rebus tu campurkan minyak sedikit supaya tak melekat.

Siap, Boleh Digoreng Atau Makan Dengan Sup / Kuah

Beginilah hasilnya. Guna mee bayam ni boleh buat mee goreng atau makan dengan kuah sup. Mudah dan sedap. Tapi yang paling penting, penuh khasiat.

Kalau buat lebih dan ada balance, boleh  gaul dengan minyak dan lepas tu simpan dalam peti sejuk. Mee ni boleh tahan 3 hari.

Sesuai Sangat Untuk Anak-anak

Biasalah anak kecil ni kadang-kadang susah nak disuruh makan sayur, macam-macam ragamnya sampai Mak pun pening kepala. Bila buat mee macam ni, sayur, ayam semua dah ada sekali.

Memang bagus dan berbaloi buat mee sendiri. Tak risau bahan pengawet atau perasa, dan sah-sah bebas kapur. Memang sihat!

Jadi, jangan lupa cuba resepi mee homemade ni tau.

Silakan share, semoga bermanfaat.

*Resepi mee homemade versi sihat ini dikongsikan oleh Puan Fatin Hidayah menerusi Facebook Group Happy Baby Food Malaysia. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi boleh dirujuk oada posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×