Dapur

Tak Payah Beli Lagi, Ini Cara Buat Kuih Tako Yang Sedap & Lembut

17.7K
SHARES

“Asyik buat agar-agar je boring jugak. Apa lagi kuih yang senang-senang boleh buat untuk jamuan nanti ye?”

Siapa yang tak kenal kuih tako, kuih tradisi yang selalu kita jumpa ketika bulan Ramadhan. Rupanya seakan kuih tepung pelita, tapi ni lain sikit sebab ada bubuh sengkuang di dalamnya.

Cuaca panas macam ni memang sedap kalau dapat makan kuih tako ni sejuk-sejuk. Lembut dan lemak manis, memang tak cukup satu!

Kali ini kami nak kongsikan resepi turun temurun oleh Puan Maria Bentalib yang dipelajari daripada arwah nenek beliau.

Cuma nak memudahkan, resepi ini menggunakan bekas kuih untuk gantikan daun. Yelah, jimat sikit masa sebab lagipun susah nak cari daun dan ambil masa nak melipatnya lagi.

Caranya cukup mudah, insha Allah menjadi dengan jayanya walaupun first time buat.

Jom cuba resepi kuih tako yang sedap sehingga menjilat mangkuk ni!

Resepi Kuih Tako Mudah Dan Sedap

Berikut adalah bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Bahagian Bawah

  • 100g tepung jagung
  • 850ml air pandan (beberapa helai daun pandan diblender)
  • 400g gula pasir
  • 5 biji sengkuang cina dikupas dipotong dadu
  • Sedikit warna hijau

Caranya:

Semua bahan di atas dikacau atas api hingga pekat dan jernih.

Yang tak tahu, inilah rupa sengkuang cina tu.

Bila dah pekat nanti warnanya jadi macam ni.

Kemudian dituang dalam acuan setengah setengah.

Tunggu ianya mengeras dan sejuk.

Lepas tu kita buat bahagian atasnya yang putih tu pula.

Bahagian Atas

  • 100g tepung jagung
  • 2 biji kelapa putih (jadikan 1520 ml santan pekat)
  • Daun pandan
  • Sedikit garam

Caranya:

Semua bahan di atas dikacau atas api hingga pekat.

Resepi kuih tako

Tuang panas panas atas bahagian bawah (hijau) tadi yang sudah sejuk.

Bila dah hilang panas, masukkan dalam peti sejuk.

Siap Untuk Dinikmati!

Ha… Mudah kan? Kejap je dah siap pun kuih tako kita.

Tak payah susah-susah nak beli lagi lepas ni. Dah tau bahan dan caranya, bolehlah buat sendiri bila-bila masa aja.

Bila masak ni, confirm satu rumah berbau harum. Tak sabar rasanya nak makan kan?

Selamat mencuba.

*Resepi kuih tako ini dikongsikan oleh Puan Maria Bentalib menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak resepi dan perkongsian, boleh follow Puan Maria Bentalib di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×