Dapur

Cara Buat Kerepek Ketam Rangup, Semudah ABC!

2.5K
reads
resepi kerepek ketam

“Teringin pula nak makan snek, tapi malasnya nak keluar. Kalau tak silap dalam peti sejuk ada crab stick. Bolehlah cuba resepi kerepek ketam ni.”

Kerepek ketam yang crispy ini memang sesuai sangat dijadikan kudapan bila menonton TV atau sambil bersembang. Sekali hadap saja boleh ‘licin’!

Menariknya, resepi kerepek ketam yang dikongsikan oleh Puan Norhayati Hashim ini tersangatlah ringkas. Kami yakin anda semua boleh mencubanya sendiri di rumah.

Mari kita lihat resepi kerepek ketam selengkapnya.

Cara Buat Kerepek Ketam Rangup, Semudah ABC!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerepek ketam.

Bahan-bahan

  • 2 Bungkus crab stick
  • 1 Sudu kecil serbuk cukup rasa
  • 1/2 Sudu kecil serbuk lada putih atau hitam
  • 1/2 Sudu kecil serbuk kari
  • 3 Tangkai daun kari
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

Ini pula cara membuat kerepek ketam yang semudah ABC!

1. Defrost

Mula-mula, keluarkan crab stick dari freezer dan rendam dalam air untuk nyahbeku (defrost).

2. Koyakkan

Kemudian, toskan lebihan air dan koyak / siat-siatkan crab stick halus-halus mengikut uratnya.

resepi kerepek ketam

3. Perasakan

Seterusnya, perasakan mengikut citarasa anda. Untuk resepi kerepek ketam kali ini saya gunakan serbuk cukup rasa, lada putih / hitam, serbuk kari, dan daun kari.

Gaulkan semua hingga sebati.

resepi kerepek ketam

4. Goreng

Bila dah siap diperasakan, bolehlah sedia untuk menggoreng. Macam biasa panaskan minyak dalam kuali dan goreng crab stick yang dah disiat tadi. Tunggu hingga rangup.

5. Siap

Bila warna dah bertukar keperangan atau golden brown dan teksturnya nampak menjadi rangup, bolehlah diangkat. Toskan minyak dan tunggu sejuk sedikit. Siap dihidang!

Boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Mudahnya, Jom Cuba!

Memang puas hati bila buat sendiri. Krup krap krup krap bunyinya! Rasa macam tak cukup, lebih-lebih lagi kalau dimakan beramai-ramai.

Variasikan ikut cara tersendiri. Bagi yang suka extra pedas, mungkin boleh tambah serbuk cili. Kalau ada yang suka perasa cheese, boleh tambahkan cheese powder dan sebagainya. Kalau nak buat versi sihat, goreng begitu saja pun dah cukup sedap.

Semudah ABC kan? Memang tak rugi membuatnya. Selamat mencuba!

 

*Resepi kerepek ketam ini dikongsikan oleh Puan Horhayati Hashim dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Follow Facebook beliau di SINI untuk lebih banyak perkongsian resepi.

Yang Popular

To Top